Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
1) PEMBALAKAN HARAM
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan kes pembalakan tanpa kebenaran di hutan simpanan dalam tahun 2010?
-
Apakah usaha kerajaan dan kekurangannya dalam pencegahan pembalakan tanpa kebenaran?
-
Apakah status atau kemajuan dalam perlaksanaan pembalakan secara sistem pengurusan selektif(selectial management system) di Selangor?
2) KELULUSAN TANAH SECARA BERKELOMPOK
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah pencapaian terkini penyelesaian tanah secara berkelompok yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak 3 tahun yang lepas ?
-
Sila kemukakan butiran terperinci masalah tanah yang telah diselesaikan oleh Kerajaan Negeri melalui kaedah kelulusan secara berkelompok mengikut pecahan kaum dan daerah ?
-
Sila nyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mencegah individu-individu yang cuba menangguk di dalam air yang keruh walaupun mereka tidak mengusahakan tanah ?
3) PROJEK JAKESS
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Jabatan Kehakiman Syariah di muka surat 100: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan perancangan projek tidak menyeluruh?
-
Apakah keputusan-keputusan yang tidak konsisten yang mengakibatkan pembaziran kos juru perunding?
-
Apakah pecahan-pecahan kos juru perunding yang telah melibatkan sejumlah RM1.77 juta?
4) TREND PELABURAN DI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah trend dan jumlah pelaburan di negeri Selangor berbanding negeri-negeri lain?
-
Senaraikan jumlah pelaburan dalam negeri dan dari luar negara untuk negeri Selangor dalam tahun 2006-2010
5) KAMERA INTIPAN PEJABAT MB
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Insiden intipan berkamera telah berlaku di pejabat YAB Dato' Menteri Besar dan jawatankuasa siasatan telah ditubuhkan sejak sekian lama. Apakah perkembangan hasil siasatan terhadap isu tersebut?
-
Bilakah hasil siasatan tersebut akan didedahkan kepada rakyat Selangor?
-
Adakah Kerajaan negeri telus dalam menguruskan kes ini?
6) PUSAT RAMALAN NOMBOR SPORTSTOTO DIPERINTAH PINDAH OLEH MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Sebuah pusat ramalan nombor SportsToto yang terletak di antara Taman KOSAS dan Bukit Indah diperintah pindah ke kawasan lain oleh pihak MPAJ. Adakah hukuman yang dikenakan ke atas pemilik pusat ramalan nombor itu munasabah dan tidak membebankan ?
-
Adakah semua PBT melaksanakan tindakan yang sama dan bukannya secara pilih kasih ?
-
Adakah ia merupakan langkah awal Kerajaan PR untuk mengamalkan Hukum Hudud di Negeri Selangor ?
7) GREATER KL: PERANAN SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Persekutuan telah melancarkan projek Greater KL yang antaranya meliputi transit aliran berkapasiti tinggi di Lembah Klang dan Selangor. Apakah pendapat kerajaan negeri tentang projek tersebut?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri dapat berperanan dalam menjayakan projek Greater KL ini?
-
Apakah bentuk manfaat yang bakal dinikmati oleh rakyat Selangor dengan projek tersebut?
8) MASALAH KENAIKAN HARGA BARANG
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Dalam mengatasi masalah inflasi dan kenaikan harga barang khususnya bahan makanan asas seperti beras, gula, minyak masak. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat mendapatkan barangan ini pada kadar harga yang lebih murah?
9) PUSAT KEBUDAYAAN CINA & INDIA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Bilakah rakyat Negeri Selangor akan menikmati kemudahan-kemudahan di Pusat Kebudayaan Cina dan India didalam Negeri Selangor ini ?
-
Mengapakah Pusat Kebudayaan Cina dan India masih belum diadakan dan direalisasikan oleh Kerajaan Negeri Selangor walaupun mendapat sokongan daripada rakyat jelata amnya kaum Cina dan juga India?
-
Apakah kemudahan-kemudahan yang akan dinikmati oleh rakyat Negeri Selangor apabila Pusat Kebudayaan Cina & India itu dibina kelak?
10) BANTUAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR PULANG KE MESIR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Akibat dari Revolusi Rakyat di Mesir, ramai pelajar Malaysia di sana di bawa pulang untuk keselamatan ke tanah air.Berapa ramaikah pelajar Selangor di Mesir yang dibawa pulang ke tanah air?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan membiayai kos pemergian mereka kembali ke Mesir?
-
Berapakah jumlah perseorangan dan keseluruhan yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri?