Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
181) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Pulau Pinang telah mencatatkan nilai pelaburan tertinggi dalam negara pada tahun 2010 sebanyak RM12.2 bilion dan Selangor kedua tertinggi sebanyak RM10.6 bilion. Apakah langkah-langkah proaktif dan langsung yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan jumlah pelaburan di dalam Negeri Selangor?
-
Apakah fokus pertumbuhan baru (new growth area) Negeri Selangor dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang.
182) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang melaksanakan kemudahan pengangkutan bas awam percuma seperti yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang?
-
Jika tidak, sila berikan butir-butir
-
Jika ya, bilakah ia akan dilaksanakan? Sila berikan butir-butir.
183) KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah permohonan yang berjaya memohon peruntukkan dari kerajaan prihatin?
-
Bagaimanakah kesannya di masyarakat?
184) KAWALAN JUALAN ARAK
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Didapati mekanisme jualan arak dikawal oleh penjual bukan melalui penguatkuasaan pihak berkuasa. Apakah mekanisme yang paling berkesan untuk mengawal jualan arak khasnya di kawasan majoriti orang Islam?
-
Nyatakan jumlah permit yang dikeluarkan bagi jualan arak di Bandar Raya Shah Alam dan Bandar Baru Bangi?
185) KADAR TARIF AIR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri menentang kenaikan kadar tarif air yang dikatakan tinggi dan membebankan rakyat. Adakah kerajaan negeri sedar bahawa kos tersebut berpatutan untuk mengelakkan kualiti bekalan air dan sedia termaktub dalam perjanjian?
-
Mengapakah kerajaan negeri tidak mengikut langkah kerajaan Pulau Pinang dan Kedah yang telah menaikkan kadar tarif?
186) PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan YAB. DatoÕ Menteri Besar telah mengadakan Persidangan Dewan Luar Biasa untuk membuat pindaan Perlembagaan Negeri Selangor mengenai kuasa pelantikan jawatan SUK. Cadangan pindaan tidak diluluskan oleh dewan kerana tidak mempunyai kuorum yang cukup. Sebagai seorang pemimpin yang sentiasa menekankan prinsip CAT, kenapa YAB. Tan Sri tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor berikutan kegagalan meminda perlembagaan negeri ?
-
Adakah YAB. Tan Sri demi mempertahankan jawatan Menteri Besar Selangor dan sanggup mengetepikan prinsip CATS yang diagung-agungkan oleh kerajaan negeri selama ini ?
187) BANGUNAN PARKIR DAN PASAR BARU TAMAN SRI MUDA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Permohonan parkir dan Pasar Baru bagi Taman Sri Muda sudah lebih dari 2 tahun. Bilakah ia akan dibuat dan berikan satu Òtime frameÓ yang boleh difahami penduduk dan peniaga
-
Peniaga sudah di berikan notis pindah hujung tahun 2011 oleh pemilik tanah, apakah dalam tempoh 7 bulan dari sekarang pasar ini dapat disiapkan ?
-
Huraikan kenapakah ianya lambat dibina ?
188) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah wang yang telah digunakan di bawah setiap Program MES.
-
Berapakah jumlah wang maksimum yang akan digunakan oleh kerajaan untuk setiap Program MES setiap tahun?
189) TANAH-TANAH RIZAB PERKUBURAN SELAIN ISLAM
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan tanah-tanah yang telah digazet sebagai tanah-tanah perkuburan selain Islam mengikut pecahan PBT bagi tahun 2006-2011.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi pengurusan tanah kubur secara moden memandangkan tanah-tanah yang didapati di Negeri Selangor semakin berkurangan?
190) KHIDMAT GUAMAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri telah melantik Penasihat dan Peguam Swasta dalam mengendalikan kes mahkamah melibatkan kepentingan Kerajaan Negeri dan cubaan meminda Undang-Undang Tubuh Negeri. Mengapakah Kerajaan Negeri tidak menggunakan Khidmat Penasihat Undang-Undang Negeri ?
-
Sejak tahun 2008 hingga sekarang, siapakah yang telah dilantik dan berapakah kos yang dikeluarkan ?
-
Apakah kos yang dikeluarkan efektif dan tidak membazir wang rakyat ?