Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
211) KOMUNITI BERPAGAR DAN BERPENGAWAL
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian kerajaan berkenaan dengan percanggahan dua garis panduan yang berlainan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dan bagaimana ianya boleh disatukan sebagai satu garis panduan yang boleh diikuti oleh semua?
212) EKONOMI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pelaburan yang datang ke negeri Selangor pada tahun 2010 dan apakah taburan pelaburan mengikut bidang-bidang?
-
Apakah usaha terkini kerajaan negeri bagi menarik pelabur asing ke negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah peluang pekerjaan yang telah diwujudkan dari pelaburan baru dari tahun 2008 hingga 2010?
213) RANCANGAN TEBATAN BANJIR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Rancangan Tebatan Banjir Sungai Sering sedang di dalam perancangan dan di peringkat reka bentuk dengan kos projek dianggarkan sebanyak RM6.8 juta. Bilakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memulakan projek ini memandangkan kejadian banjir semakin kerap berlaku semenjak akhir-akhir ini?
214) LAMPU JALAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Jalan Hj. Abdul Manan yang menghubungkan Jalan Meru - Klang dari Klang Sentral dengan laluan 5 Pantai Barat adalah di bawah kawasan Majlis Perbandaran Klang. Jalan ini yang amat sibuk digunakan oleh pengguna Jalan raya pada waktu siang dan malam. Akan tetapi jalan tersebut masih tidak dipasang lampu jalan dan dalam keadaan gelap gelita pada waktu malam. Bila lagikah Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil tindakan memasang lampulampu jalan tersebut demi menjaga keselamatan dan kepentingan pengguna jalan raya tersebut selaras dengan slogan Kerajaan yang prihatin kepada rakyat ?
215) PERMOHONAN TANAH PERTANIAN DI BLOK 81 HULU PERDIK
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Difahamkan terdapat tanah kerajaan yang tidak diterokai oleh penduduk tempatan begitu lama selepas pemerintahan Jepun di Daerah Hulu Langat ini termasuk di Hulu Perdik, Hulu Langat. Apakah status permohonan QT Tanah Pertanian di Blok 81 Hulu Perdik?
216) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Bilakah Worldwide Holding akan ambil alih pengurusan sampah di negeri Selangor.
-
Adakah PBT berkuasa dan dalam keadaan apa boleh menamatkan mana-mana kontraktor yang mengutip sampah?
-
Adakah PBT berhak menamatkan kontrak alam flora memandangkan alam flora menandatangani perjanjian dengan PBT dan bukan kerajaan negeri Selangor
217) PKNS
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Kenapakah sistem tender dibuat bagi pembelian rumah kedai. Sila huraikan
-
Rungutan dari orang ramai sistem ini menyebabkan rakyat sederhana sukar untuk membeli rumah kedai ini. Apakah kerajaan akan mengubah polisi ini.
-
Nyatakan peratusan rumah kedai yang di bangunkan oleh PKNS yang di jual kepada syarikat-syarikat besar ?
218) SKIM MIKROKREDIT SELANGOR (SKIMSEL)
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sehingga kini, berapakah jumlah pinjaman yang telah dipinjamkan?
-
Sehingga kini, berapakah jumlah peratus pinjaman yang telah dibayar balik?
219) SUMBER TENAGA JANA SEMULA (RENEWABLE ENERGY)
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk sumber tenaga jana semula yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri Selangor?
-
Senaraikan kawasan dalam Negeri Selangor mengikut PBT yang berjaya menggunakan sumber jana semula ini.
220) PELEBARAN JALAN TAMAN CUEPACS KE TAMAN ALAM JAYA, CHERAS
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Difahamkan pihak Majlis Perbandaran kajang telah menjalankan kerja-kerja pelebaran jalan dari Simpang PGA Ð Cheras ke Taman Alam Jaya melalui Taman Cuepacs. Berapakah jumlah peruntukan projek pelebaran jalan tersebut dan pihak mana yang menyumbang kewangannya?
-
Apakah status projek pelebaran jalan ini yang didapati terlalu lebar dan mengganggu pengguna jalan berkenaan?