Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

61) PROJEK PENYALURAN AIR MENTAH PAHANG-SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah status kerjasama kerajaan negeri terhadap projek penyaluran air tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan segera kerajaan negeri jika kerjasama telah diberikan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah faktor pertimbangan yang menyebabkan kerajaan negeri lambat memberikan kerjasama sebelum ini?

    Klik jawapan »

62) KELAB GEMS

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan Kelab Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) di setiap daerah Selangor. Setakat ini berapakah jumlah kelab GeMS yang ditubuhkan dan keahliannya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bentuk program yang akan dilaksanakan?

    Klik jawapan »

63) PROGRAM BELIA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM 6.1 juta bagi program-program pembangunan belia Selangor iaitu RM 3.3 juta - Program Pembangunan Anak Muda, RM 2.8 - Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dan penubuhan Sekretariat Belia Negeri Selangor. Bagaimana struktur sekretariat belia tersebut dan apakah perancangan tahunan 2011 ini?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jenis program dan jumlah belia yang telah mengikut program-program pembangunan belia pada tahun 2010?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kesan positif kepada belia yang mengikut program-program berkenaan?

    Klik jawapan »

64) SISTEM TENDER DI PBT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Sila jelaskan sistem tender di setiap PBT

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah sistem yang ada sekarang boleh menjamin ketelusan?

    Klik jawapan »

65) PROJEK USAHA SAMA ANTARA KERAJAAN NEGERI DAN SEKTOR SWASTA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jenis projek dan jumlah nilai projek usaha sama antara Kerajaan Negeri Selangor dan sektor swasta daripada tahun 2007-2011?

    Klik jawapan »

  2. Apakah dasar yang digunakan oleh kerajaan negeri bagi menyediakan pasaran yang kompetitif bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam pembangunan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

66) TINDAKAN PBT KEPADA PENIAGA ASING HARAM

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Masih ramai pendatang-pendatang asing dari kalangan rakyat Myanmar, Pakistan, Bangladesh dan Indonesia yang sewenang-wenang nya membuka kedai gunting rambut, warung makanan, pasar jual sayur dan buah-buahan tanpa rasa gentar langsung kepada pihak berkuasa. Peniaga-peniaga tempatan yang di beri lesen pula menyewakan premis-premis perniagaan mereka kepada peniaga-peniaga asing bagi meraih keuntungan yang mudah. Orang ramai pun tahu perkara ini. Sampai bilakah kemelut ini akan berlarutan dan apakah bentuk-bentuk perubahan dan tindakan berkesan yang patut di ambil oleh pihak berkuasa bagi mengatasi masalah ini ?

    Klik jawapan »

67) HARI TANPA BEG PLASTIK

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menambah bilangan hari untuk kempen ini selain pada Hari Sabtu?

    Klik jawapan »

68) FAHAMAN WAHABI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Mutakhir ini terdapat gerakan untuk mengembangkan fahaman Wahabi di kalangan masyarakat Islam. Apakah pendirian ?

    Klik jawapan »

69) PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah tindakan-tindakan yang berkesan telah diambil untuk mengatasi pencemaran asap-asap kilang yang terdapat di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan jumlah kilang-kilang yang masih melanggar peraturan pencemaran asap-asap kilang yang telah diambil tindakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam tahun 2010

    Klik jawapan »

  3. Sila senaraikan kilang-kilang tersebut yang telah diambil tindakan penguatkuasa dan tindakan Mahkamah oleh Pihak yang bertanggungjawab.

    Klik jawapan »

70) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Taman Sungai Yu Indah, Kampung Sungai Yu telah terbengkalai sekian lamanya dan member kesan sosioekonomi kepada pembeli-pembeli rumah di projek berkenaan. Apakah Kerajaan Negeri akan berusaha menyiapkan projek berkenaan pada tahun 2011 ini?

    Klik jawapan »