Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

81) JAWATAN YDP YANG DIKOSONGKAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah kerajaan akan mengisi kekosongan jawatan YDP di beberapa PBT dan terangkan prosedur pelantikannya secara terperinci dan apakah hak yang ada pada kerajaan negeri?

    Klik jawapan »

82) TABUNG BUDI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri mengambil tindakan undang-undang kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kerana melancarkan Tabung Budi. Apakah asas tindakan kerajaan negeri mengambil tindakan undang-undang tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan kerajaan negeri untuk membantu masalah bil air tertunggak seperti yang dilakukan Tabung Budi?

83) PENYELESAIAN MASALAH BANJIR DI SELAYANG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Banjir kilat di beberapa kawasan Selayang masih berlarutan sehingga ke hari ini dan mengganggu kesejahteraan hidup rakyat dan keselamatan harta benda. Apakah tindakan penambahbaikan yang telah diambil sejak dua tahun yang lalu oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengurangkan masalah banjir di kawasan-kawasan ini

    Klik jawapan »

  2. Ingin tahu apakah perancangan yang telah dibuat dalam projek pembangunan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) oleh Pihak Berkuasa Tempatan ke arah menangani masalah banjir ini secara berkesan supaya rakyat tidak merasa bimbang setiap kali tibanya musim hujan.

    Klik jawapan »

84) PENASIHAT EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri telah melantik Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri. Apakah misi utama dan terma rujukan sebagai penasihat ekonomi negeri?

  2. Apakah kesan positif hasil lantikan tersebut terhadap ekonomi negeri?

  3. Berapakah kos bagi tahun 2009 dan 2010 yang dikeluarkan untuk membiayai gerak kerja penasihat ekonomi?

85) PELABURAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah pelaburan yang berjaya dicatatkan pada tahun lalu mengikut kategori?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan kerajaan untuk memperdayakan lagi pelaburan dalam negeri dan memberi peluang pekerjaan yang lebih baik kepada anak tempatan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah pekerja asing memberi impak kepada kekuatan ekonomi Selangor

    Klik jawapan »

86) TEKNOLOGI & INOVASI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Minta penjelasan sejauh manakah perkembangan industri berasaskan Òinformation and communication technology (ICT)Ó di negeri ini?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan nama syarikat-syarikat ICT tempatan dan luar negara yang mengambil bahagian dalam program ini.

    Klik jawapan »

87) PERKHIDMATAN ALAM FLORA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Perkhidmatan Alam Flora dalam menguruskan pelupusan sisa pepejal masih lagi di tahap yang tidak memuaskan khususnya kontraktor-kontraktor yang tidak memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Apakah rasional Kerajaan Negeri untuk meneruskan perkhidmatan Alam Flora?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pilihan lain yang tersedia bagi Kerajaan Negeri dan mampu meningkatkan prestasi perkhidmatan pelupusan sisa pepejal?

    Klik jawapan »

88) PAKEJ STIMULUS EKONOMI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah status pakej stimulus ekonomi yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri untuk merangsangkan ekonomi di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Sila berikan butir-butir dan langkah-langkah yang telah dilaksanakan.

    Klik jawapan »

89) PEMASANGAN BILLBOARD MES DAN AIR SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah perbelanjaan ke atas pemasangan Billboard program MES dan Air Selangor

    Klik jawapan »

  2. Namakan Syarikat yang dilantik

    Klik jawapan »

90) POLIS BANTUAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri ada bercadang untuk menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri untuk mencegah jenayah. Adakah kerajaan negeri tidak yakin dengan kemampuan pasukan polis sedia ada?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rasional cadangan penubuhan pasukan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan negeri sedar bahawa hal ehwal keselamatan di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan?