Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
101) ANAK SYARIKAT
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan anak syarikat kerajaan (GLC) yang masih tenat dan tidak menguntungkan hingga 2010. Apakah tindakan dan rancangan masa depan kerajaan untuk mengelakkan kerugian setiap tahun
102) BENCANA ALAM SEKITAR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Baru-baru ini kejadian ribut yang mendadak kerap kali berlaku diikuti pula dengan angin yang kuat. Kejadian ini menyebabkan kemusnahan bumbung rumah kampung dan juga pangsapuri. Ini berlaku kerana pembangunan bandar yang menebang pokok yang dahulunya telah menjadi penghalang kepada laluan angin rebut. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah penebangan pokok-pokok semula jadi yang berlebihan ini ?
-
Adakah Kerajaan Negeri membuat kajian terhadap kesan penebangan pokok dan kejadian ribut dan laluan angin ?
103) PELABUR ASING TERBESAR DI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan pelaburan asing yang melabur di Selangor sejak tahun 2008 mengikut saiz pelaburan, negara asal pelabur dan tempat mereka melabur
104) KAWASAN SETINGGAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Masih terdapat kawasan setinggan di Negeri Selangor. Nyatakan kawasan ÒSetinggan BandarÓ yang masih ada di Negeri Selangor
-
Adakah bangunan-bangunan perniagaan milik individu tanpa lesen di ÒrezebrezebÓ jalan dikira setinggan. Sekiranya benar apakah tindakan perancangan Kerajaan Negeri.
105) BIASISWA YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah dana yang dibelanjakan oleh Yayasan Selangor menerusi biasiswa pendidikan pada tahun 2010?
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperkenalkan peluang-peluang biasiswa pengajian tinggi melalui Yayasan Selangor bagi bidang-bidang baru seperti penyelidikan termasuk kursus-kursus tertentu di luar negara untuk meningkatkan sumber modal insan?
106) LESEN PENJAJA DI BAWAH DUN TERATAI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Berapakah lesen penjaja baru dikeluarkan pada tahun 2009 dan 2010. Sila jelaskan dengan tapak, nama penjaja dan barang-barangan yang dijual.
107) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA SELANGOR STATE INVESTMENT CENTRE BHD (SSIC)
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Ahli-ahli Lembaga SSIC bagi tahun 2010
-
Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga SSIC bagi tahun 2010?
-
Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga SSIC bagi tahun 2010?
108) SKIM MIKRO KREDIT SELANGOR (SKIMSEL)
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini dan bagaimanakah sambutan rakyat Negeri Selangor terhadap SKIMSEL?
-
Sila nyatakan berapakah unjuran jumlah tunggakan hutang lapuk SKIMSEL yang akan ditanggung oleh pihak Kerajaan?
-
Sila kemukakan senarai terperinci penerima-penerima pinjaman melalui SKIMSEL sejak pelancaran sehingga bulan Mac 2011 mengikut pecahan daerah?
109) ADNS PELABUHAN KLANG DIISYTIHARKAN KOSONG AKIBAT KETIDAKHADIRAN ADNSNYA KE SIDANG DEWAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Apakah peruntukan perlembagaan yang mewajarkan kerusi ahli DNS diisytiharkan kosong?
-
Apakah implikasi dari pengisytiharan Mahkamah bahawa ahli Dewan Pelabuhan Kelang masih kekal ?
-
Tidakkah mahkamah mencabul hak dan kedudukan Dewan Negeri Selangor?
110) SUMBER MANUSIA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Dalam tempoh tahun 2008 hingga 2010, berapakah jumlah kakitangan baru pelbagai sektor telah dilantik, senaraikan mengikut kepelbagaian bidang. Berapakah kakitangan yang berhenti dan berpencen?