Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

21) KUMPULAN SEMESTA SDN BHD

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Kumpulan Semester telah ditubuhkan bagi pengendalian pasir di Negeri Selangor. Bagaimanakah cara pelantikan Lembaga Pengarah kepada kumpulan?

    Klik jawapan »

  2. Perincikan keuntungan yang dikecapi sejak ditubuhkan hingga kini

    Klik jawapan »

  3. Berapakah elaun/ganjaran yang diterima bagi setiap Lembaga Pengarah dan Kakitangan

    Klik jawapan »

22) BANTUAN KEBAJIKAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Daerah Gombak mencatatkan bilangan kedua tertinggi di Negeri Selangor bagi penerima bantuan am (1,141 orang) dan yang tertinggi bagi penerima bantuan kanak-kanak (1,602 orang) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor sehingga November 2010. Apakah langkah-langkah khusus Kerajaan Negeri untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak dan warga emas yang daif?

    Klik jawapan »

  2. Berapa ramaikah yang telah mendaftar di dalam Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?

    Klik jawapan »

23) STATUS TANAH DI KAWASAN LAPANG JALAN PERDANA 6/2

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status tanah di kawasan lapang tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Pihak manakah yang sedang memohon tapak tersebut dan apakah tujuannya?

    Klik jawapan »

24) ARAHAN PERBENDAHARAAN 58

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah Arahan Perbendaharaan 58 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kewangan mengikut pecahan PBT daripada tahun 2006-2011.

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan aliran kewangan PBT berada dalam keadaan sihat dan tiadanya banyak tunggakan yang perlu diselesaikan?

    Klik jawapan »

25) CUKAI TAKSIRAN TAHUNAN PBT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Terdapat ramai penghuni dan pemilik hartanah merungut kerana Cukai Taksiran Tahunan hartanah mereka dinaikkan. Adakah ini benar? Jika tidak, kenapa banyak sungutan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kenaikan cukai taksiran tahunan merupakan salah satu cara bagi kerajaan negeri untuk meningkatkan hasil pendapatan tahunan walaupun ia agak membebankan para pemilik?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri bersimpati dengan beban yang dihadapi oleh pemilik hartanah pada masa kemelesetan ekonomi dan bercadang menurunkan kadar cukai taksiran tahunan?

    Klik jawapan »

26) MASALAH TANAH KUBUR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Bertulis


  1. Masalah kemasyarakatan berkait rapat dengan keagamaan sama ada bagi orang hidup atau orang mati. Sebagai orang hidup yang bertanggungjawab kita juga perlu menyelesaikan masalah orang mati. Mengapakah masalah tanah kubur di Bandar Utama Batang Kali dan Ulu Yam Bharu telah lama hingga ke hari ini masih tidak dapat diwartakan

    Klik jawapan »

27) PENDIDIKAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Universiti Industri Selangor atau UNISEL adalah milik kerajaan Negeri Selangor. Adakah Kurikulum di UNISEL menepati ÔstandardÕ pembelajaran kebangsaan atau antarabangsa dan mengikuti pengesahan LAN. Berapakah jumlah pelajar yang berhenti,mengapakah kemerosotan ini berlaku

    Klik jawapan »

  2. Ada terdapat ramai pelajar antarabangsa berhijrah meninggalkan UNISEL. atau memilih tidak mahu belajar di UNISEL. Ramai pekerja sambilan dan kontrak, tertunggak pembayaran untuk kerja mereka. Adakah ini disebabkan kemunduran UNISEL di bawah pentadbiran kerajaan negeri atau adakah UNISEL mengalami defisit?

    Klik jawapan »

28) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA KUMPULAN SEMESTA SDN. BHD. (KSSB)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan Ahli-ahli Lembaga KSSB bagi tahun 2010.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga KSSB bagi tahun 2010?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga KSSB bagi tahun 2010?

    Klik jawapan »

29) PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini rancangan projek tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan syarikat swasta manakah yang telah dipilih oleh Kerajaan Negeri untuk menjalankan projek tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan berapakah anggaran tempoh masa untuk menjayakan Projek Pembersihan Sungai Klang dan apakah manfaat yang akan dinikmati oleh rakyat Negeri Selangor sekiranya projek tersebut berjaya dilaksanakan?

    Klik jawapan »

30) PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah tindakan kerajaan dalam mengenal pasti pemilik menepati syarat menduduki pangsapuri kos rendah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan kerajaan dalam mengatasi masalah kesukaran penubuhan dan kesulitan pengurusan JMB dan MC pangsapuri kos rendah?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan dan pemantauan dalam masalah penghuni pekerja asing di pangsapuri kos rendah?

    Klik jawapan »