Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
81) SISTEM PERLANTIKAN AJK MASJID YANG BARU
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Sistem pemilihan AJK Masjid di seluruh Selangor dibuat secara lantikan oleh anak kariah secara terbuka melalui pemilihan undi terbuka sejak dahulu. Adakah sistem pemilihan ini terus dipraktikkan pada masa yang akan datang?
-
Adakah pihak kerajaan bercadang untuk membuat penambahbaikan dengan mengadakan sistem yang lebih berkesan dan bersistematik dengan data yang lengkap dan sepadu
82) BANTUAN DAN BIASISWA PENDIDIKAN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Persekutuan memberi biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) manakala manifesto Pakatan Rakyat pada PRU 12 mahu memberi bantuan dan biasiswa pelajaran kepada para pelajar. Apakah tindakan Kerajaan Negeri merealisasikan hasrat tersebut?
-
Berapa banyakkah perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk membiayai bantuan dan biasiswa tersebut?
-
Nyatakan jumlah orang pelajar, pecahan kaum dan jenis kursus dan institusi di mana pelajar tersebut belajar?
83) KHUTBAH JUMAAT
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Khutbah Jumaat yang disampaikan seharusnya terkawal dan bebas daripada unsur- unsur politik selaras dengan Titah arahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor untuk menjamin keharmonian para jemaah beribadah. Mengapakah masih wujud pembaca Khutbah tanpa teks yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam (JAIS) ?
-
Mengapakah teks Khutbah yang disediakan pada 10 Jun 2011 berunsurkan politik membela seorang Pemimpin Pakatan Rakyat ?
84) PERKEMBANGAN UNISEL DEWASA INI
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri melakukan usaha untuk meningkatkan prestasi Universiti Selangor termasuk menukar namanya dari Universiti Industri Selangor (UNISEL) sebelum ini. Apakah kesan ketara setelah pertukaran nama tersebut?
-
Apakah hasil penyelidikan yang boleh dibanggakan dihasilkan oleh warga UNISEL?
-
c) Apakah hasil penyelidikan yang boleh dibanggakan dihasilkan oleh warga UNISEL?
85) EKONOMI
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah rizab terkini ekonomi negeri Selangor
-
Apakah langkah kerajaan untuk meningkatkan hasil negeri
86) PENGURUSAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN SAMPAH
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah status pengurusan kerja-kerja pembersihan dan sampah di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT)?
87) SKIM RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sehingga kini, berapa dan manakah lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti untuk membina rumah mampu milik?
88) JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor yang mana asalnya Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Ampang beroperasi di Pejabat Penghulu Mukim Ampang 1 kini ada ura-ura berpindah ke Pejabat Umno Bahagian Ampang.
89) PEMOTONGAN AIR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Inisiatif kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) melancarkan Tabung Budi telah dapat membantu mereka yang mengalami tunggakan bil air menikmati bekalan air semula. Mengapakah Kerajaan Negeri mahu menghalang Tabung Budi yang bertujuan murni?
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah bil air pengguna yang tertunggak?
-
Adakah masih ramai pengguna yang mengalami masalah bil air tertunggak?
90) KESAN PENUTUPAN IKYS
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Mesyuarat DUN pernah meluluskan usul agar Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) Bagan Terap dibuka semula. Apakah tindakan semasa susulan kerajaan negeri daripada usul yang diluluskan?
-
Apakah kesan baik kepada pelajar terbabit kesan penutupan tersebut?
-
Apakah perancangan kerajaan bagi bangunan IKYS yang ditinggalkan?