Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

241) OSCC

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah berkesannya pelaksanaan OSCC?

    Klik jawapan »

  2. Apakah peranan ADUN dalam menjayakan MES di bawah program OSCC ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah seperti program-program Tuisyen Rakyat, Pusat Komuniti Wanita dan Pusat Dialisis Rakyat, program untuk mempromosikan OSCC ini akan dilaksanakan secara langsung melalui ADUN?

    Klik jawapan »

242) PERKHIDMATAN ALAM FLORA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Kebanyakan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan telah menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh Alam Flora. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menamatkan perkhidmatan mereka sebagai pemungut , pembersih dan pengurus sampah di Selangor?

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membenarkan setiap Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengurus sistem pungutan dan pembersihan sampahnya masingmasing?

243) KESIHATAN AWAM

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan kerajaan dalam mempertingkatkan kesihatan awam selain memenangi wabak seperti Denggi, H1N1 dan lain-lain lagi?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah perbelanjaan pada tahun 2008 dan 2009 untuk sumbangan kepada pesakit-pesakit miskin yang tidak mampu menjelaskan bayaran perubatan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan bersedia memberi sumbangan berkala kepada warga emas untuk membiayai kos perubatan/ kesihatan?

    Klik jawapan »

244) PUSAT TADIKA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan butiran terperinci jumlah Pusat Tadika Rakyat yang bakal dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor di setiap DUN yang dikenal pasti dan apakah kriteria-kriteria yang ditetapkan ?

  2. Sila nyatakan apakah matlamat utama Pusat Tadika Rakyat didirikan dan berapakah jumlah perbelanjaan yang bakal disalurkan untuk menjayakan program tersebut ?

  3. Sila nyatakan apakah jenis bayaran yang bakal dikenakan kepada pelajar-pelajar pra sekolah dan berapakah subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi setiap pelajar tadika tersebut ?

245) GODELL PARKING

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah hasil kajian Kerajaan Negeri untuk kontrak yang telah ditandatangani dengan pihak Godell Parking?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah kajian tersebut mengambil masa yang begitu lama?

    Klik jawapan »

  3. Mengapakah tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) walaupun pihak Godell Parking tidak memenuhi tanggungjawab kontrak mereka seperti memberikan mesin kupon yang mencukupi dan pembayaran lewat kepada MPSJ?

    Klik jawapan »

246) ORANG ASLI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah pencapaian-pencapaian yang telah di kecapi oleh Kerajaan Selangor selepas penubuhan Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor (BBTOAS)?

247) PENDAPATAN PER-KAPITA RAKYAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008 DAN 2009

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah anggaran jumlah pendapatan per-kapita rakyat di Negeri Selangor bagi tahun 2008 sehingga tahun 2009 mengikut komposisi kaum?

  2. Berapakah jumlah ekuiti yang dipegang oleh rakyat Negeri Selangor mengikut komposisi kaum bagi tahun 2008 sehingga 2009?

  3. Apakah langkah-langkah yang telah dan bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan pendapatan per-kapita dan menjana ekuiti tersebut?

248) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bilakah masalah kekurangan lampu jalan dan pembahagi jalan khususnya dari kilang BERNAS Sekinchan hingga ke Balai Bomba Sekinchan dapat diatasi ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan bilakah kerja-kerja membaiki permukaan jalan yang tidak rata dan berlekuk-lekak itu dapat dilakukan demi keselamatan para pengguna jalan raya ?

    Klik jawapan »

  3. Sila kemukakan jumlah keseluruhan kos penyelenggaraan tahunan untuk Jalan Persekutuan 5 dari Kapar hingga ke Sabak Bernam ?

    Klik jawapan »

249) HASIL KAJIAN CCTV

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah hasil kajian CCTV untuk PBT oleh Kerajaan Negeri?

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan kontrak semasa walaupun ia memakan kos yang tinggi? Jika ya, mengapa?

250) PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Apakah telah ada tindakan pada pemaju ingkar yang dilihat sengaja melengahkan penyerahan rumah pada pembeli? Nyatakan bilangan mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  2. Pemaju di kawasan saya Rimau Indah Development ingkar untuk menyiapkan rumah di Bukit Rimau sedangkan mereka telah berjanji akan siap selewat-lewatnya Ogos 2009. Apakah tindakan kerajaan?

    Klik jawapan »