Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
31) BILLBOARDS
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria-kriteria atau garis-panduan yang dikenakan kepada billboards yang dipasang di seluruh Negeri Selangor?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri Selangor terhadap billboards yang masih memaparkan wajah-wajah warga asing yang kadang-kadang membawa imej dan budaya yang bukan melambangkan malah mencemarkan budaya kita?
32) DUA TAHUN PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi ekonomi Negeri Selangor dalam masa pemerintahan Pakatan Rakyat?
-
Apakah kejayaan-kejayaan utama dalam masa dua tahun pemerintahan?
-
Apakah perancangan utama yang akan dilaksanakan pada tahun-tahun mendatang?
33) PETANI / PESAWAH
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan beberapa strategi untuk menambah pendapatan pesawah melalui program pelbagai kegiatan ekonomi. Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan dalam tahun 2010 mengikut jenis program tersebut?
-
Berapakah jumlah bilangan petani yang disasarkan dalam program pelbagaikan kegiatan ekonomi tersebut mengikut daerah-daerah?
34) PEMBANGUNAN USAHAWAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah status pewujudan zon-zon IKS di setiap daerah dan prestasi perkembangannya?
-
Berapa banyakan premis perniagaan yang telah diwujudkan untuk membantu usahawan Selangor?
35) PERUNTUKAN TAHUNAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan kewangan tahunan kepada SJKC, SJKT dan SAR. Berapa banyak peruntukan telah diluluskan kepada SJKC, SJKT dan SAR di kawasan DUN Sg. Pelek mengikut pecahan sekolah semenjak tahun 2008 sehingga sekarang ?
36) RAMPASAN TANAH
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini perampasan tanah hak milik yang digunakan sebagai tempat pelupusan sampah ? Nyatakan jumlah mengikut daerah?
-
Apakah cerita sebenar berkenaan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan huraikan sejarahnya?
37) PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU CINA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Setelah Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor, berapakah jumlah peruntukan yang digunakan untuk pembangunan kampung baru Cina? Sila nyatakan dalam bentuk pecahan
-
Apakah masalah pembangunan yang dihadapi oleh kampung baru Cina ini?
-
Apakah rancangan kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut?
38) PUSAT KOMUNITI WANITA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Antara program pemberdayaan wanita yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri adalah mewujudkan Pusat Komuniti Wanita. Apakah matlamat dan sasaran yang hendak dicapai oleh kerajaan dalam melaksanakan program ini?
-
Berapa banyakkah terdapat pusat-pusat seperti ini di seluruh Negeri Selangor?
-
Berapakah peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam mewujudkan pusat-pusat ini?
39) SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA BAWAH JAIS
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Senaraikan sekolah-sekolah yang mendapat bantuan atau pembiayaan kewangan serta jumlah yang diterima daripada Jabatan Agama Islam Selangor
-
Nyatakan projek-projek sekolah di bawah JAIS yang telah diluluskan pada tahun 2006- 2010 dan maklumat terperinci berkaitan peruntukan, tarikh mula-siap projek dan kontraktor yang dilantik menjalankan projek-projek tersebut.
40) PENASIHAT EKONOMI NEGERI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Apakah terma rujukan seorang penasihat ekonomi negeri dan apakah kemudahan (entitlement) yang dinikmati oleh penasihat ekonomi negeri dan berapakah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri?
-
Apakah DatoÕ Menteri Besar dan barisan EXCO yang dilantik oleh DYMM Sultan Selangor tidak berupaya mentadbir ekonomi negeri?
-
Apakah impak segera dan kejayaan yang telah dicapai oleh penasihat ekonomi negeri setakat ini?