Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

101) DENGGI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Demam denggi merebak berleluasa di kebanyakan kawasan majlis perbandaran. Adakah kerja menyembur ubat nyamuk aedes (fogging) yang dijalankan oleh pihak PBT berjaya menangani masalah demam denggi ?

    Klik jawapan »

  2. Kerajaan telah membelanjakan berapa jumlah wang dalam kerja sembur ubat nyamuk aedes (fogging) dalam tahun 2010 ?

    Klik jawapan »

102) SETINGGAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan Negeri membuat bancian untuk mengetahui jumlah sebenar setinggan di seluruh negeri Selangor. Apakah status terkini bancian tersebut?

  2. Apakah dasar dan strategi kerajaan negeri untuk mengatasi masalah setinggan baru yang sukar dipindahkan?

103) KONTRAKTOR RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Apakah tindakan yang dikenakan kepada kontraktor yang gagal menyiapkan perumahan yang dirancang yang menyebabkan banyak perumahan terbengkalai di DUN Meru?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa-mangsa/pembeli rumah terbengkalai yang menyebabkan mereka terpaksa membayar bayaran balik bank, muflis dan menanggung kos hidup yang tinggi?

    Klik jawapan »

104) PERUNTUKAN AHLI MAJLIS DI PBT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Mengikut PBT, sila senaraikan nama ahli majlis, zon yang berkenaan, peruntukan yang diperoleh pada tahun 2008-2009 dan 2009-sekarang dan kegunaan peruntukan untuk setiap program atau projek.

  2. Senaraikan kegunaan peruntukan ahli-ahli majlis di MPAJ sejak tahun 2008 secara terperinci.

106) PBT DAN KELULUSAN PROJEK PEMBANGUNAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyakkah projek pembangunan yang telah diluluskan menurut setiap PBT bagi tahun 2009?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah unjuran peningkatan pendapatan melalui cukai taksiran sekiranya projekprojek pembangunan ini sudah mula didiami menurut setiap PBT bagi tahun 2009?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peratus kelulusan projek pembangunan serta unjuran kutipan cukai taksiran ini menepati atau tergelincir daripada KPI yang ditetapkan menurut setiap PBT bagi tahun 2009?

    Klik jawapan »

107) PEMBANGUNAN DI TANAH KERAJAAN SELANGOR DARI PERUNTUKAN MELALUI JKKP DAN JABATAN KERAJAAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah projek-projek pembangunan dari peruntukan Kerajaan Persekutuan di PBT dan Daerah yang dilaksanakan tanpa mendapat kelulusan daripada Pejabat Daerah atau PBT?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang diambil terhadap bangunan atau binaan yang didirikan tanpa kelulusan kerajaan negeri?

    Klik jawapan »

108) PRESTASI KEWANGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah kedudukan sebenar prestasi kewangan Negeri Selangor dalam tempoh masa 3 bulan yang pertama tahun 2010 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2009 ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah pendekatan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan lagi kedudukan kewangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan khususnya faktor kemelesetan ekonomi global yang tidak menentu ?

    Klik jawapan »

  3. Sila kemukakan butiran secara terperinci perbandingan prestasi kewangan Negeri Selangor bagi tahun 2008 dan 2009 memandangkan keadaan ekonomi global yang masih tenat ?

    Klik jawapan »

109) USAHASAMA (J-V)

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Masih adakah lagi projek Usaha sama( J-V) di antara Kerajaan Negeri dan Pemaju-Pemaju. Berapa banyak kah keuntungan yang diperoleh oleh Kerajaan PR hasil dari kerjasama tersebut

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan nama Pemaju-pemaju yang di senarai hitamkan oleh Kerajaan Negeri.

    Klik jawapan »

110) AIR BAWAH TANAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Apakah usaha-usaha kerajaan dalam menyelesaikan masalah kekurangan air melalui penggunaan air bawah tanah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan-rancangan yang ada pada kerajaan untuk mempopularkan penggunaan air bawah tanah?

    Klik jawapan »