Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
11) BILIK PAMERAN KERETA-KERETA TERPAKAI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Adakah wujudnya garis panduan negeri untuk menjalankan perniagaan ini dan jika ya, sila nyatakan?
-
Bolehkah pihak negeri memudahkan perniagaan mereka dengan mengemukakan peruntukan tanah dan peruntukan kawasan-kawasan oleh PBT-PBT bagi aktiviti perniagaan ini untuk dijalankan?
12) PERKEMBANGAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan seterusnya dalam rancangan ini dan penglibatan ADUN-ADUN dalam perlaksanaannya
14) BANGUNAN WARISAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bangunan-bangunan yang telah digazetkan sebagai bangunan warisan di Selangor mengikut PBT daripada tahun 2008-2010
-
Apakah badan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan permohonan penggazetan bangunan warisan dan syarat-syarat permohonan untuk sesebuah bangunan dikategorikan sebagai bangunan warisan?
-
Apakah insentif yang ditawarkan kepada pemilik bangunan warisan dan langkahlangkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan bangunan warisan sentiasa dipelihara?
15) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah pelan Kerajaan Negeri untuk memulihkan pembangunan di kawasan Bukit Beruntung, Hulu Selangor yang tergendala akibat banyak projek-projek terbengkalai?
16) PELUANG PEKERJAAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi menangani masalah pengangguran di Negeri Selangor?
-
Nyatakan jumlah peluang-peluang pekerjaan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri dan berapa banyakkah yang telah di isi?
17) GEJALA SOSIAL
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik masalah sosial yang melanda Negeri Selangor sekarang? i) Jenayah harta benda Ð kecurian, samun ii) Jenayah kekerasan Ð rogol, pembunuhan iii) Penagihan dadah iv) Pelacuran
-
Apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memulihkan belia-belia yang terjebak dalam masalah sosial berikut: i) Lumba haram ii) Ponteng sekolah/berpelesiran iii) Gengsterisme
18) JALAN LUAR BANDAR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diterima pada tahun 2009 dan jangkaan diterima 2010 dari Kerajaan Persekutuan untuk penyelenggaraan jalan luar bandar?
-
Memohon data jumlah projek dan peruntukan yang telah dilaksanakan mengikut Daerah di Negeri Selangor
19) KUTIPAN HASIL TANAH
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan negeri telah melancarkan Ops Kutip untuk meningkatkan kutipan hasil tanah negeri. Nyatakan prestasi dan jumlah cukai tanah untuk tahun 2009.
-
Berapakah anggaran kutipan tahun 2010 mengikut daerah?
20) HASIL BATUAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah permit, pemilik permit dan hasil royalti untuk semua hasil bahan batuan mengikut daerah bagi tahun 2008 dan 2009.