Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
81) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR (UNISEL)
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah benar UNISEL menghadapi kemerosotan pelajar-pelajar yang memasuki Universiti tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan kemerosotan tersebut?
-
Sila senaraikan bilangan pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di UNISEL mengikut tahun daripada tahun 2007, 2008, 2009 dan 2010
-
Sejauh manakah UNISEL menghadapi masalah kewangan dalam pentadbiran Universiti tersebut. Sila senaraikan jumlah perbelanjaan dan pendapatan UNISEL mengikut tahun 2007,2008 dan 2009. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan prestasi kewangan UNISEL diatasi segera?
82) SIBER KAFE
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Didapati bilangan siber kafe kian bertambah di Selangor dan ini telah mempengaruhi para pelajar yang suka melepak di situ. Kerajaan Negeri telah meluluskan berapa jumlah lesen untuk siber kafe pada tahun 2009 ?
-
Berapa kerapnya Kerajaan Tempatan telah mengambil tindakan terhadap siber kafe yang tidak berlesen ?
83) USAHAWAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan usahawan, jenis bidang dan program pembangunan usahawan yang dilaksanakan mengikut daerah sepanjang tahun 2009
84) BALAK TANAMAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan keluasan, lokasi dan hasil daripada pembalakan tanam semula mengikut daerah?
85) PENGUATKUASA PENCEGAH MAKSIAT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Ð langkah yang diambil oleh pihak penguatkuasaan / Kerajaan Negeri untuk menangani isu moral dan maksiat ini?
-
Bagaimanakah prosedur sistem pencegahan yang diamalkan oleh jabatan berkenaan kerana sewaktu penduduk memanggil penguat kuasa dan JAIS terdapat pelbagai alasan contohnya kekurangan kakitangan untuk melakukan operasi?
86) BAYARAN KEPADA KONTRAKTOR MPK SEPANJANG 2009
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah bayaran yang dibayar kepada setiap kontraktor MPK di DUN Meru sepanjang tahun 2009 (Januari-Disember )?
-
Apakah cara indeks KPI yang digunakan kepada kontraktor MPK yang menyebabkan mereka dikekalkan dengan diberikan tender yang berterusan?
87) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Berapakah projek rumah terbengkalai di DUN Teratai dan berapakah sudah diambil alih oleh kerajaan dan pemaju untuk meneruskan pembinaan?
-
Cara-cara untuk pemaju memohon mengambil alih projek terbengkalai dan meneruskan pembinaan.
88) PERUNTUKAN PERPUSTAKAAN DAN KEGIATAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Selangor mendirikan Perpustakaan Utama dan perpustakaan cawangan bagi setiap Daerah Negeri Selangor. Berapakah jumlah Perpustakaan Utama dan cawangan bagi seluruh negeri Selangor?
-
Berapakah peruntukan tahunan bagi seluruh Perpustakaan di Negeri Selangor?
-
Apakah kegiatan-kegiatan utama dijalankan oleh perpustakaan-perpustakaan?
89) ZOO NEGARA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Zoo Negara adalah sebuah pusat pelancongan bertaraf dunia yang berada di Negeri Selangor. Apakah sumbangan Zoo Negara yang berada di dalam Negeri Selangor secara langsung kepada ekonomi dan sumber pendapatan negeri?
-
Bagaimana kewujudan Zoo Negara telah memberi peluang pekerjaan serta sumbangan dalam meningkatkan pendapatan penduduk tempatan?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memanfaatkan industri pelancongan negeri dengan wujudnya Zoo Negara dalam Negeri Selangor?
90) PENJUALAN ARAK/ MINUMAN KERAS
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan bersedia melarang penjualan arak/ minuman keras selepas tengah malam?