Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
201) SELANGOR KE ARAH BEBAS HALANGAN OKU
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Ucapan Bajet 2010 (muka surat 39, 10 Nov 2009); ÒKerajaan Negeri komited terhadap pelaksanaan program Selangor Ke Arah Bebas Halangan OKU. Untuk itu, semua PBT di negeri Selangor adalah dikehendaki menyediakan kemudahan-kemudahan kepada OKU...Ó. Apakah sistem dan mekanisme pemantauan Kerajaan Negeri terhadap pelaksanaan program ini di peringkat PBT?
-
Apakah perancangan program dan program-program yang telah dilaksanakan menurut setiap PBT di seluruh Negeri Selangor sehingga Jun 2010?
-
Berapakah peruntukan ataupun unjuran peruntukan yang ditetapkan oleh setiap PBT sehingga Jun 2010?
202) HUTAN SIMPANAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan lokasi-lokasi hutan simpanan di Negeri Selangor serta keluasannya
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengambil balik hutan-hutan simpanan yang telah diterokai?
203) CUKAI PINTU
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah pihak kerajaan menangani cukai tertunggak terutama kepada pembayar cukai tanah yang tidak membayar cukai kepada kerajaan dan apakah tindakan terhadap mereka?
204) PKNS
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Mengikut pecahan berapa banyak projek dan keuntungan dalam nilaian (RM) bagi Pembangunan Industri, Pembangunan Hartanah, Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru & Bandar Baru, Pelaburan, Pembangunan Usahawan Bumiputera yang telah dijalankan oleh PKNS dua tahun kebelakangan ini.
205) KUMPULAN SEMESTA SDN. BHD.
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah nama-nama Syarikat dan/atau individu yang telah berjaya memperoleh kontrak melombong pasir daripada Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.?
-
Apakah kriteria-kriteria yang telah diguna pakai oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. Dalam memilih individu-individu dan/atau syarikat-syarikat yang berjaya di dalam mendapatkan kontrak melombong pasir tersebut
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan lagi integriti dan keyakinan rakyat terhadap Kumpulan Semesta Sdn. Bhd
206) PUSAT SIBER RAKYAT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Ucapan Bajet 2010 (muka surat 35, 10 Nov 2009); ÒSatu projek Pusat Siber Rakyat (PSR) yang diintegrasikan dengan perpustakaan berobjektifkan pengembangan dan penggabungan konsep ilmu, maklumat dan pengetahuan dengan menggunakan digital dan buku-buku yang berbentuk fizikal. Program-program ICT mendapat peruntukan sebanyak RM9 juta bagi tahun 2010Ó : Apakah struktur pelaksanaan PSR di peringkat DUN?
-
Apakah seperti program-program Tuisyen Rakyat, Pusat Komuniti Wanita dan Pusat Dialisis Rakyat, program PSR akan dilaksanakan melalui ADUN?
-
Apakah pecahan-pecahan peruntukan RM9 juta dalam pelaksanaan PSR?
207) PEMANASAN GLOBAL
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapa keluasan hutan simpanan negeri Selangor?
-
Sejak pemerintahan Pakatan Rakyat sehingga kini, berapakah pembalakan haram yang telah dikesan oleh Jabatan Hutan Negeri?
-
Berapa banyak peruntukan kerajaan untuk bumi hijau dan jelaskan aktiviti tanaman setiap daerah?
208) ISU GERAN PENEROKA TANAH KG BKT CERAKAH
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Permohonan telah dipohon sejak tahun 2008 setelah tertangguh sejak sekian lama untuk peneroka berjumlah 90 orang yang telah dinafikan oleh pemerintahan sebelum ini, Bagaimanakah proses pemilihan ini dijalankan dan bilakah permohonan pemilikan kekal ini akan diluluskan?
209) BAYARAN CUKAI TANAH BERGANDA DALAM SATU GERAN RUMAH
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Terdapat banyak pembayar cukai tanah di taman perumahan di Meru mengalami masalah cukai tanah berganda untuk rumah yang sama, apakah langkah pejabat tanah mengatasi hal ini?
210) TANAH
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap pemilik tanah yang menukarkan syarat guna tanah yang diberi oleh kerajaan untuk kepentingan sendiri?
-
Bagaimanakah kerajaan dapat menetapkan satu mekanisme untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang?