Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
221) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan nama seluruh Ahli Lembaga Pengarah PKNS dan juga anak syarikat PKNS pada ketika ini ?
-
Sila nyatakan sehingga kini berapakah tanah rizab milik PKNS yang masih belum dimajukan ? Sila berikan butir-butir ?
-
Sila nyatakan jumlah elaun dan bonus yang dibayar oleh pihak PKNS kepada AhliAhli Lembaga Pengarah Syarikat dan juga seluruh anak syarikat PKNS dari tahun 2006 hingga 2009 ?
222) SISTEM PEMANTAUAN KELULUSAN TANAH ATAU TOL
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Siapakah yang boleh memantau kelulusan tanah atau TOL?
-
Bagaimanakah ADN boleh memantau kelulusan tanah atau TOL memandangkan pejabat Tanah tidak pernah mengemukakan apa-apa permohonan?
223) PROGRAM SPIES
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan sehingga kini bagaimanakah perkembangan dan pencapaian Program SPIES terhadap matlamat asalnya
-
Sila senaraikan jabatan dan agensi Kerajaan yang telah menyertai program tersebut sehingga kini dan berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan?
-
Apakah kesan yang paling ketara dan manfaatnya program ini terhadap para peserta?
224) RUMAH KOS RENDAH
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan nama ADUN, ahli politik atau pegawai kerajaan/PBT (samada bekas atau semasa) yang memiliki rumah kos rendah di Selangor.
-
Apakah tindakan yang telah diambil ataupun yang akan diambil terhadap mereka yang disenaraikan dalam para (a) di atas? Jika tiada, mengapa?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa penjualan/pembelian rumah kos rendah diberikan kepada rakyat miskin yang berkelayakan?
225) LITTLE INDIA OF KLANG
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menggazet Jalan Tengku Kelana sebagai ÒLittle India of Negeri SelangorÓ?
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menamakan beberapa jalan di Kawasan Tengku Kelana, Klang di atas nama-nama tokoh dan orang kenamaan India bagi menjadikan Jalan Tengku Kelana Klang sebagai ÒLittle India of Negeri SelangorÓ
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membina satu Pusat Kebudayaan India di kawasan Tengku Kelana Klang sebagai ÒLITTLE INDIAÓ di Negeri Selangor ini?
226) RUMAH IBADAH BUKAN ISLAM
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak jumlah pemberian tanah bagi mendirikan rumah ibadah bukan Islam sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah?
-
Berapakah jumlah bantuan kewangan untuk mendirikan rumah ibadah atau ubahsuai tempat ibadah bukan Islam ini?
227) SYARIKAT GLC
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Mengapakah pegawai-pegawai atasan di syarikat-syarikat GLC kerajaan Selangor menerima gaji dan bonus yang tinggi sedangkan kerajaan Selangor perlu berjimat cermat dalam perbelanjaannya?
-
Adakah kerajaan akan membentangkan laporan audit KSSB ke Dewan Negeri Selangor?
228) JALAN PERSEKUTUAN 5
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bilakah masalah kekurangan lampu jalan dan pemisah jalan khususnya dari kilang BERNAS hingga Ke Balai Bomba Sekinchan dapat diselesaikan tanpa sebarang alasan yang tidak munasabah ?
-
Apakah punca sebenar permohonan tersebut tidak diendahkan walaupun sudah berulang kali masalah tersebut diutarakan kepada pihak Kerajaan ?
-
Sila kemukakan statistik jumlah kemalangan yang dicatatkan di sepanjang jalan tersebut sejak 3 tahun yang lalu ?
229) PERTUBUHAN JMB DI SHOP LOT PANDAN PERDANA (SEBELAH PANDAN SAFARI)
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan semua JMB yang ada di kawasan tersebut.
-
Suatu AGM telah pun diadakan pada tahun 2009 adakah segala akaun dan hak pengurusan telah diserahkan kepada JMB baru. Jika tidak sila nyatakan sebab
230) SANITARY LANDFILL TANJUNG DUA BELAS
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Apakah masalah-masalah utama yang timbul ketika menggunakan sanitary landfill ini?
-
Secara puratanya, berapakah jumlah berat sampah yang dibawa ke sanitary landfill ini setiap bulan?
-
Sila senaraikan PBT-PBT yang menggunakan sanitary landfill ini.