Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
31) SELANGOR HAB KEWANGAN ISLAM
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah bank-bank dan institusi-institusi kewangan Islam yang beribu pejabat di Selangor dan di manakah lokasi-lokasinya?
-
Apakah peranan yang telah dilaksanakan oleh institusi-institusi ini untuk menjadikan Selangor sebagai hab kewangan Islam dan hab industri halal bertaraf dunia?
-
Sejauh mana usaha dan kajian telah dijalankan oleh Kerajaan bagi menjayakan impian Selangor sebagai hab akuakultur moden, hab pendidikan tinggi dan sekolah swasta serta hab industri solar?
32) GERAN JALANRAYA BERDASARKAN MAKLUMAT REKOD-REKOD JALANRAYA MALAYSIA (MARRIS)
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Sila jelaskan berapakah jumlah peruntukan daripada MARRIS yang diperolehi oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor setiap tahun
-
Berdasarkan pembahagian peruntukan kerajaan pusat, berapakah jumlah penerimaan yang akan di peruntukan kepada setiap kilometer jalan yang perlu diselenggara
33) BANTUAN KESIHATAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri melalui Bajet 2010 mengumumkan program bantuan kesihatan seperti rawatan katarak mata, dialisis buah pinggang dan pembedahan kecil. Apakah status terkini program dan berapa ramaikah rakyat yang telah mendapat manfaat bantuan tersebut mengikut daerah?
-
Apakah prosedur permohonan, kretaria kelayakan dan mekanisme pemilihan pesakit?
-
Apakah jaminan kerajaan negeri bahawa tidak wujud Òpilih kasihÓ rakyat untuk menerima bantuan ini?
34) SUMBER KEWANGAN BARU
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri ada bercadang untuk mengkaji penjanaan sumber kewangan negeri yang baru seumpama model institusi Baitulmal. Apakah status semasa dan hasil kajian tersebut dan siapakah tenaga pakar yang terlibat?
-
Berapakah anggaran perolehan negeri jika model ini dilaksanakan?
-
Apakah implikasi terhadap institusi Baitulmal sedia ada jika model baru ini dilaksanakan?
35) SALAHGUNA TANAH UNTUK MEMELIHARA BINATANG
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah dilaksanakan mengenai isu salahguna bangunan di Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung dan kawasan hutan di Hulu Selangor untuk memelihara binatang
-
Adakah kejadian ini terlibat penjualan kulit binatang haram?
36) PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN SELANGOR(PADAT)
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Senaraikan program dan peruntukan bagi PADAT untuk tahun 2009 dan 2010?
-
Senaraikan ahli lembaga pengurusan PADAT dan elaun/emolumen setiap ahli.
-
Apakah rancangan dan struktur yang diwujudkan di setiap daerah pentadbiran untuk mempertingkatkan penghayatan terhadap adat Melayu dan warisan Selangor?
37) PERSATUAN BOLA SEPAK (FAS)
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan untung rugi dan jumlah aset serta liabiliti Persatuan Bola Sepak (FAS) bagi setiap tahun sepanjang lima tahun yang lepas. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan audit kewangan ke atas FAS?
38) PENILAIAN TERHADAP AHLI PBT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah prestasi ahli-ahli PBT pada keseluruhan?
-
Adakah dari kalangan mereka diberhentikan?
-
Apakah tindakan yang diambil terhadap yang kurang memuaskan, tapi dikekalkan?
39) PERUMAHAN KOS RENDAH
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status siasatan terbaru terhadap pemilikan rumah kos rendah oleh pegawai-pegawai PBT yang tidak berkelayakan?
-
Apakah usaha daripada kerajaan negeri untuk memastikan bahawa rumah kos rendah dimiliki oleh mereka yang betul-betul berkelayakan sahaja?
40) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk membina dan memindah ibu pejabat PKNS dari Petaling Jaya ke Shah Alam dan bila ia akan dilaksanakan?
-
Berapakah anggaran untuk perbelanjaan pembinaan Pejabat PKNS yang baru di Shah Alam?
-
Apakah pengurusan PKNS akan mengubah sistem kuota penjualan rumah di bawah kelolaan PKNS dengan peruntukan 70% untuk Bumiputera dan 30% bukan Bumiputera?