Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
91) ZAKAT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah pendekatan terkini untuk meningkatkan hasil kutipan zakat?
-
Apakah pendekatan dan cara untuk memastikan agihan zakat sampai kepada mereka yang berhak tanpa prejudis politik?
-
Apakah impak positif hasil program-program pengagihan zakat yang telah dilaksanakan?
92) SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah semua syarikat di bawah MBI dan anak syarikatnya dan senaraikan satu persatu untuk makluman dewan
-
Senaraikan berapakah keuntungan yang diperolehi oleh semua syarikat di bawah MBI
-
Dari keuntungan yang diperolehi berapakah yang disumbangkan kepada kerajaan Neger
93) BANTUAN DARIPADA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SELANGOR (JKM)
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keseluruhan bantuan yang diberikan oleh JKM Selangor dalam tahun 2006-2010?
-
Apakah jenis-jenis bantuan dan jumlah yang diberi mengikut daerah?
-
Adakah senarai penerima bantuan-bantuan yang diberi dimaklumkan kepada ADUN-ADUN di kawasan berkaitan? Jika tidak, mengapa?
94) HOSPITAL & KLINIK
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah dan lokasi hospital, klinik dan rumah-rumah sakit di seluruh Negeri Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor memainkan apa-apa peranan bagi menjaga keselamatan dan kebajikan kesemua rumah-rumah sakit di seluruh Negeri Selangor pada masa kini?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menjaga kebajikan pesakit-pesakit di kesemua rumah-rumah sakit di Negeri Selangor ini?
95) MENAIK TARAF HIDUP KUMPULAN ORANG ASLI TERMISKIN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Ucapan Bajet 2010 (muka surat 37, 10 Nov 2009); ÒKerajaan Negeri Selangor menyediakan peruntukan sebanyak RM500 ribu untuk menjalankan dua projek perintis ujian bagi menaik taraf hidup kumpulan Orang Asli termiskin". Untuk program-program apa dan bagaimanakah peruntukan RM500 ribu ini diagihkan sehingga Jun 2010?
-
Melalui agensi atau institusi apakah Kerajaan Negeri melaksanakan dua projek perintis ujian ini?
-
Apakah program yang telah dijalankan dan komuniti-komuniti Orang Asli manakah yang telah mendapat manfaat daripadanya sehingga Jun 2010?
96) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Kerajaan dijangka dapat menarik pelaburan melebihi RM50 bilion di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi negeri melalui Inisiatif Kewangan Swasta untuk menggerakkan enam projek teras. Berapakah nilai pelaburan yang diperolehi sehingga kini untuk menggerakkan enam projek teras tersebut?
-
Pelabur atau Negara manakah yang berminat untuk melabur dalam Pakej Ransangan Ekonomi ini?
-
Apakah impak positif perlaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah dapat dilihat setakat ini?
97) TOL HARAM BUKIT BERUNTUNG
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini mengenai isu ÒTol HaramÓ yang dikenal pasti di kawasan Bukit Beruntung?
98) RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (RMK-10)
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan negeri sudah mengkaji pencapaian RMK-9 dan prospek RMK10 negeri?
-
Apakah strategi kerajaan negeri untuk memastikan rakyat Selangor menikmati pendapatan tinggi?
-
Apakah nilai tambah dalam menjayakan prospek RMK-10 negeri Selangor?
99) PENYELENGGARAAN RUMAH KOS RENDAH (RKR) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan projek perumahan RKR yang telah PKNS serahkan untuk penyelenggaraan JMB masing Ðmasing?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dan PKNS untuk mensubsidi belanja penyelenggaraan rumah RKR memandangkan pengutipan duit penyelenggaraan daripada penduduk tidak mencukupi untuk menampung belanja penyelenggaraan?
100) PERKAMPUNGAN ORANG ASLI
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Senaraikan keluasan dan bilangan keluarga di setiap kampung orang asli mengikut daerah di Selangor?
-
Senaraikan kampung-kampung orang asli yang mempunyai JKKK.
-
Apakah nisbah peruntukan tanah untuk setiap keluarga yang dapat menyara hidup 50 tahun?