Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
101) GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN KAKITANGAN DAN STAF SOKONGAN PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berakah gaji asas dan elaun kakitangan?
-
Berapakah tuntutan dalam dan luar negara kakitangan?
-
Berapakah nilai kemudahan-kemudahan lain yang diberikan kepada kakitangan?
102) PENGAJIAN DI UNISEL
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Adakah UNISEL berdikari dari segi kewangan atau mendapat peruntukan tahunan dari Kerajaan Negeri?
-
Benarkah jumlah pelajar kini menurun berbanding dengan tahun sebelumnya?
-
Apakah perancangan jangka pendek dan panjang bagi memajukan UNISEL?
103) BADAN PENGURUS DI PANGSAPURI BERKOS RENDAH 700, PANDAN PERDANA
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Walaupun terdapat satu arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri Selangor supaya tamatkan badan pengurusan LT Sdn Bhd sebagai pengurus pangsapuri tersebut tetapi sudah satu tahun lebih, tidak ada tindakan. Sila nyatakan sebabsebab.
-
Adakah kerajaan berhak untuk tukar badan pengurusan yang tidak berkesan. Sila nyatakan cara-cara.
104) PENGURUSAN MASJID
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan jangka masa panjang kerajaan untuk memantapkan institusi masjid terutama semua masjid di Selangor dan berapakah peruntukan yang dikeluarkan bagi melatih kakitangan masjid dan apakah latihan yang telah dilaksanakan
105) PREMIS JUDI
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah premis judi yang beroperasi bagi setiap PBT
106) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kilang haram yang belum dan telah diputihkan mengikut pecahan daerah daripada tahun 2007-2010?
-
Apakah polisi kerajaan sekiranya sesuatu kilang haram hendak diputihkan?
-
Adakah kerajaan menetapkan tempoh masa untuk kempen pemutihan kilang haram serta apakah langkah-langkah kerajaan negeri bagi memantau aktiviti pembinaan kilang haram?
107) KEDAI SERBANIKA
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Kenapakah kedai serbaneka 24 jam seperti 7-11, Carefour Express, Kk Store menjual arak secara terbuka dan sewenang-wenangnya di dalam kawasan kepadatannya orang Melayu walaupun ada aduan telah dibuat?
108) BONUS DAN GAJI TINGGI PEGAWAI-PEGAWAI GLC KERAJAAN SELANGO
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak bonus dan gaji yang dibayar kepada pegawai-pegawai kanan dan anggota lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan bagi tahun 2009?
109) PUSAT PERANGINAN DAN PENGINAPAN PANTAI BAGAN SEKINCHAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan perkembangan terkini cadangan pembinaan Pusat Penginapan Moden di Pantai Bagan Sekinchan ?
-
Sila huraikan perancangan terkini Kerajaan Negeri untuk membangunkan DUN Sekinchan sebagai destinasi baru Agro-pelancongan yang baru ?
-
Apakah pihak Kerajaan akan membenarkan sebahagian kecil kawasan bendang yang berdekatan dengan kampung Baru Site B ditukarkan syarat penggunaannya untuk mempergiatkan aktiviti pelancongan tersebut ?
110) GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN KAKITANGAN DAN STAF SOKONGAN PEJABAT MBI
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah gaji asas dan elaun kakitangan?
-
Berapakah tuntutan dalam dan luar negara kakitangan?
-
Berapakah nilai kemudahan-kemudahan lain yang diberikan kepada kakitangan?