Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
11) KEMISKINAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan bersepadu kerajaan negeri bagi mengurangkan perbezaan pendapatan antara golongan miskin dan kaya?
-
Senaraikan kadar kemiskinan mengikut pecahan daerah daripada tahun 2006-2010.
12) PERKHIDMATAN PERCUMA
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kawasan atau daerah yang telah mendapat wi-fi percuma Kerajaan Negeri Selangor?
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai rancangan untuk memperluaskan lagi wi-fi percuma ke daerah Cheras/Balakong?
-
Apakah masalah yang dihadapi dan rancangan bagi mengatasi masalah ini?
13) PEMBEKUAN LESEN SIBER
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Walaupun pembekuan lesen-lesen siber masih berkuat kuasa, kenapakah dilihat kini banyak kafe siber baru tumbuh seperti cendawan?
14) KELULUSAN PINDAH MILIK HARTA ORANG MELAYU
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak yang telah diluluskan pindah milik harta orang Melayu kepada bukan Melayu di DUN Dengkil sepanjang 2 tahun terakhir?
15) ALAM SEKITAR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan sungai-sungai utama yang terdapat di Negeri Selangor yang telah menghadapi masalah pencemaran.
-
Sila nyatakan tahap pencemaran yang dialami oleh sungai-sungai utama yang terdapat di Negeri Selangor.
-
Apakah langkah jangka pendek dan pandangan untuk mengatasi pencemaran tersebut ?
16) CERAMAH POLITIK DI MASJID DAN SURAU
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Bertulis
-
Walaupun Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan telah berkali-kali menegaskan supaya masjid dan surau bebas dari sebarang kegiatan politik, masih terdapat ceramah-ceramah yang dijalankan lebih banyak menyentuh isu-isu politik daripada memberikan pengisian agama. Mengapakah keadaan ini terus dibiarkan berlaku tanpa ada sebarang halangan daripada pihak yang bertanggungjawab
17) PERUNTUKAN DUN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan perincian pemberian peruntukan bagi N7 Batang Kali tahun 2009 ?
18) TUISYEN RAKYAT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pusat tuisyen dan berapakah jumlah pelajar yang menyertai Tuisyen Rakyat anjuran kerajaan negeri ?
-
Mohon senaraikan pusat dan tenaga pengajar tuisyen rakyat yang diwujudkan di setiap DUN?
19) KEGIATAN PENCURIAN PASIR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap kegiatan pencurian pasir yang berleluasa demi meningkatkan pendapatan negeri?
20) ORANG ASLI
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik jumlah orang Asli dengan pecahan mengikut daerah dan suku di Selangor?
-
Nyatakan statistik anak-anak orang Asli yang telah berjaya dalam bidang pendidikan?