Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

1) KELULUSAN TANAH KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Adakah kakitangan kerajaan atau Pejabat Daerah & Tanah ditawarkan tanah setelah berkhidmat dalam tempoh tertentu?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan tawaran-tawaran yang dibuat oleh GLC berkaitan hartanah kepada manamana kakitangan awam/ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri. Apakah kadar yang dikenakan?

    Klik jawapan »

2) PUSAT TEATER SHAH ALAM

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pusat tersebut dan bagaimanakah sumbangannya terhadap kesenian Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah keseluruhan kos pembinaan Teater tersebut dan bilakah ia mula digunakan ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memperkasakan pusat Teater tersebut supaya dapat menonjolkan seni budaya Negeri Selangor dan sekali gus menarik lebih ramai pelancong datang melawat Selangor ?

3) LADANG HUTAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008, muka surat 49: ÒPada pendapat Audit, pengurusan hutan secara konsesi kepada PKPS tidak memuaskan kerana memberi kesan kepada kepupusan habitat flora dan fauna bagi kawasan yang terlibat dengan program ladang hutanÓ. Dalam muka surat 48, semakan Audit mendapati seluas 11,381.06 hektar kawasan HSK di Zon Hulu Selangor iaitu HSK Bukit Tarek dan HSK Rantau Panjang telah diberi secara konsesi selama 60 tahun kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) pada 22 Februari 2001. Ulasan Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor, muka surat 61-62, Para 3.5.1.2 (a). Apakah butiran-butiran utama dalam perjanjian konsesi selama 60 tahun antara Jabatan dengan PKPS?

    Klik jawapan »

  2. Apakah sistem dan program pemantauan yang dilaksanakan bagi memastikan PKPS mematuhi piawai dalam pengurusan ladang hutan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah status perjanjian konsesi 60 tahun ini dan adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menyemaknya semula?

    Klik jawapan »

4) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan mempunyai rancangan atau 'road-map' untuk mengambil alih pengurusan sisa pepejal daripada Alam Flora Sdn. Bhd.?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan dan strategi kerajaan dalam menggalakkan kitar semula ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan kerajaan dan 'road -map' dalam menggunakan teknologi pelupusan sampah yang mesra alam?

    Klik jawapan »

5) BANTUAN BERPENDAPATAN (WORKFARE)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri ada bercadang untuk menyedia dan melatih golongan menerima bantuan kebajikan agar dapat berdikari. Bagaimanakah perkembangan program bantuan berpendapatan ini ?

    Klik jawapan »

  2. Berapa orangkah yang telah dilatih dan menerima manfaat hasil program ini mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah nilai pendapatan yang diperolehi oleh mereka yang terlibat ?

    Klik jawapan »

6) KOMUNITI BERPAGAR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah status perlaksanaan Sistem Komuniti Berpagar ini di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan bilangan komuniti berpagar dan jumlah unit rumah terbabit mengikut PBT?

    Klik jawapan »

7) KUALITI BEKALAN AIR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan statistik dan jenis aduan tentang kualiti bekalan air yang diterima daripada pengguna?

    Klik jawapan »

  2. Adakah proses penggantian paip lama telah diselesaikan di seluruh Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan bekalan air kurang berkualiti setelah walaupun paip lama diganti?

    Klik jawapan »

8) SISTEM TENDER TANAH

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan tanah-tanah milikan kerajaan negeri yang telah ditenderkan mengikut pecahan daerah daripada tahun 2007-2010.

    Klik jawapan »

  2. Badan/ jabatan manakah yang bertanggungjawab untuk memantau sistem dan proses tender tanah dan apakah kriteria yang ditetapkan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah tanah milik anak syarikat Negeri Selangor yang tidak dibayar premium juga akan ditenderkan dan senaraikan tanah milikan anak-anak syarikat Negeri Selangor yang telah ditenderkan daripada tahun 2007-2010

    Klik jawapan »

9) USAHA UNTUK MENARIK PELABURAN KE SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Sejak tahun 2008 berapakah kawasan yang telah dinaiktaraf oleh kerajaan untuk menarik pelaburan?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan projek atau program yang dilancarkan oleh kerajaan untuk memudahkan pelaburan

    Klik jawapan »

  3. Berapakah kesannya dengan One-Stop-Centre untuk menolong pelabur-pelabur?

    Klik jawapan »

10) PERUNDANGAN SYARIAT ISLAM

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang telah di jalankan oleh pihak JAIS atau MAIS untuk menjelaskan tasawur perundangan Islam yang sebenarnya kepada non-muslims di Negeri Selangor supaya Islam phobia yang mereka hadapi dapat dihakiskan dari pemikiran mereka ?

    Klik jawapan »

  2. Setakat ini adakah pernah pihak JAIS atau MAIS mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menjalankan hukuman syariah ke atas penganut-penganut Islam sahaja di Negeri Selangor dan kalau pernah, apakah halangan-halangan yang dihadapi untuk melaksanakan nya ?

    Klik jawapan »