Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

11) TANAH PERKUBURAN DI DAERAH PETALING

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan caruman kepada tabung pembangunan tanah perkuburan di Selangor daripada para pemaju?

    Klik jawapan »

  2. Sila memberi penerangan tentang pembangunan tanah-tanah perkuburan baru di negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan Selangor bercadang untuk menggalakkan orang ramai untuk cara krematorium dan menara abu mayat (ash tower) untuk menjimatkan penggunaan tanah?

    Klik jawapan »

12) DENGGI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan bilangan operasi dan program yang telah dilaksanakan untuk membanteras nyamuk Aedes mengikut PBT dalam Negeri Selangor dari tahun 2008 sehingga kini.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan bilangan operasi pemeriksaan dan kompaun yang dikeluarkan mengikut PBT dari tahun 2008 sehingga kini

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan bentuk bantuan yang boleh dan akan diberikan oleh PBT kepada masyarakat di kawasan bawah seliaannya jika ingin melaksanakan program gotong royong membasmi denggi.

    Klik jawapan »

13) SKIM MIKRO KREDIT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri telah melancarkan Skim Mikro Kredit Selangor (SKIM-SEL) untuk manfaat golongan kurang berkemampuan. Bagaimana perkembangan semasa program ini ?

    Klik jawapan »

  2. Berapa orangkah yang telah menerima bantuan daripada program ini mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan untuk membiayai program ini?

    Klik jawapan »

14) KUTIPAN HASIL PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kutipan hasil pasir oleh KSSB?

    Klik jawapan »

  2. Kenapakah kutipan hasil tersebut meningkat secara mendadak selepas isu curi pasir dibongkar?

    Klik jawapan »

15) PROGRAM BLUE PRINT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah penerima bantuan peralatan di bawah program blue print di daerah Klang dan Petaling dan jelaskan aduan kenapa peralatan ini lambat di hantar walaupun telah diluluskan

    Klik jawapan »

16) BANTUAN BIASISWA DARIPADA YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peruntukan wang yang telah diberikan sebagai bantuan biasiswa oleh Yayasan Selangor bagi tahun 2008 dan 2009 kepada para pelajar yang berkelayakan?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah penerima-penerima bantuan biasiswa tersebut mengikut komposisi kaum bagi tahun 2008 dan 2009, serta apakah nama-nama institusi pengajian para penerima bantuan biasiswa tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah syarat-syarat dan kelayakan-kelayakan minima bagi memperoleh bantuan biasiswa daripada Yayasan Selangor ini?

    Klik jawapan »

17) BARU EKONOMI (MBE) MALAYSIA & KESAN KEPADA SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Apakah yang dimaksudkan dengan `Greater Kuala Lumpur`?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kesannya kepada ekonomi negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Adakah sebarang rundingan antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Selangor untuk bekerjasama mengenai MBE Malaysia?

    Klik jawapan »

18) GOLONGAN ORANG ASLI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan kerajaan negeri dalam memajukan lagi golongan orang Asli terutamanya kemudahan rumah kediaman yang mana secara umumnya masih lagi dalam keadaan yang daif

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri merancang sumber ekonomi yang lebih stabil untuk diimplementasikan dalam masyarakat orang Asli

19) NELAYAN TERANCAM

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Nelayan pesisir di Selangor menghadapi ancaman lanun, penculikan dan pelanggaran dengan kapal dagang. Berikan statistik nelayan Selangor yang terlibat dengan insiden tersebut dari tahun 2008?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada nelayan yang terbabit?

    Klik jawapan »

20) INDEKS JENAYAH

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah indeks jenayah Selangor tahun ini berbanding tahun lepas?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah proaktif membendung kewujudan pusat hiburan haram?

  3. Apakah program yang boleh dijayakan oleh masyarakat untuk bersama membanteras jenayah?