Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

141) ANAK SYARIKAT KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Apakah kerajaan mempunyai rancangan untuk menguruskan sendiri pelaburan langsung asing memandangkan kerajaan pusat seperti kurang membantu? Jika ada, sila huraikan.

    Klik jawapan »

142) TANAH

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Garis Panduan yang bagaimanakah yang diguna pakai sebagai formula dalam membayar pampasan kepada pemegang-pemegang TOL (Temporary Occupation Lisence) yang mana tanah tersebut diambil alih oleh Kerajaan Negeri ataupun oleh agensi-agensi pembangunan kerajaan?

    Klik jawapan »

  2. Berapa lama kah proses pembayaran bagi pengambilan tanah tersebut dan nyatakan agensi-agensi lain yang terlibat dalam pengambilan tanah ini?

    Klik jawapan »

143) TANAH PERTANIAN 2 EKAR UNTUK GOLONGAN MISKIN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Bukit Melawati telah mengenal pasti 1000 ekar di Daerah Kuala Selangor. Buat masa ini,tanah ini di bawah kawalan PKPS Bukit Melawati telah mencadangkan setiap 2 ekar lot diberi kepada 400 orang golongan berpendapatan rendah. PKPS memberitahu mereka mempunyai rancangan tersendiri dalam masa akan datang. Namun sudah 15 tahun tiada sebarang usaha di buat oleh PKPS di tanah ini. Kami berharap Kerajaan Negeri akan mencampur tangan untuk membangunkan dan memberi TOL selama 20 tahun kepada golongan berpendapatan rendah. Ini akan menolong mereka keluar dari belenggu kemiskinan. Bolehkah kerajaan negeri menjayakan usaha ini ?

    Klik jawapan »

144) HUTANG KUMPULAN TALAM

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Sila jelaskan jelas status penstrukturan semula hutang Kumpulan Talam dengan Kerajaan Negeri. Daripada sejumlah RM 392 juta aset yang telah dikenal pasti sebagai nilai aset-aset Kumpulan Talam yang dijangka diambil alih oleh Kerajaan Negeri, berapa peratusan dan jumlah sebenar yang telah berjaya dikutip oleh Kerajaan Negeri? Sila jelaskan ke manakah hutang yang dikutip ini disalurkan.

    Klik jawapan »

145) PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DI DUN MORIB

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Selama hampir 3 tahun kerajaan negeri mentadbir apakah pelan perancangan jangka pendek dan jangka panjang dari segi infrastruktur yang telah dirancang untuk Kuala Langat khasnya DUN Morib

    Klik jawapan »

146) PENDAPATAN PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan statistik pengeluaran hasil pasir negeri bermula tahun 2008 hingga kini?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah pendapatan hasil pasir bermula tahun 2008 hingga kini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan negeri bercadang menubuhkan tabung khas khusus untuk dana hasil pasir negeri?

    Klik jawapan »

147) PENYELENGARAAN DEWAN-DEWAN ORANG RAMAI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Banyak Dewan Orang Ramai yang diambil alih oleh PBT-PBT daripada parti politik yang sebelum ini telah menyelenggarakannya dengan baik kini menjadi bangunan terbiar dengan keadaan yang menyedihkan. Mengapakah keadaan ini dibiarkan begitu?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah pihak PBT yang sebelum ini berkeras pengambil alih bangunanbangunan tersebut membiarkannya begitu sahaja sehingga boleh menjejaskan keselamatan penduduk sekeliling dan lebih lagi menyakitkan mata memandang?

    Klik jawapan »

148) SKIM MIKRO KREDIT (SKIMSEL)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Bagaimana mendapatkan maklumat mengenai SKIMSEL?

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat-syarat kelayakan menerima SKIMSEL?

    Klik jawapan »

149) PENEMPATAN ORANG ASLI DALAM HUTAN SIMPAN KEKAL (HSK)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008, muka surat 63: ÒPada pendapat Audit, penempatan Orang Asli di kawasan HSK adalah tidak memuaskan kerana JPNS tidak dapat mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 1993Ó. Tidak terdapat ulasan daripada Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor. Berapakah anggaran penduduk Orang Asli yang terbabit dalam HSK berkenaan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Jabatan bagi mengurangkan masalah penempatan Orang Asli di HSK seluruh Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah tersebut?

    Klik jawapan »

150) BANDAR SELAMAT DAN TANPA HALANGAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan dan sasaran kerajaan dalam mencegah jenayah di kawasan perbandaran?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan dan sasaran kerajaan dalam mewujudkan kemudahan dan infrastruktur perbandaran yang mesra OKU?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kemajuan dan kemungkinan setiap PBT melibatkan pasukan penguatkuasa dalam rondaan keselamatan.

    Klik jawapan »