Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

181) MASALAH PUSAT PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan jumlah bilangan pusat sisa pepejal yang masih beroperasi di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah dan sejauh manakah tahap pencemarannya terhadap persekitaran kawasan tersebut ?

  2. Sila nyatakan berapakah keluasan tanah dan anggaran kos untuk pembinaan sesebuah pusat sisa pepejal yang baru ?

  3. Sila nyatakan apakah kaedah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang yang lebih canggih dan mesra alam bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah pelupusan sisa pepejal yang semakin kritikal ?

182) HASIL PADI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Berapakah hasil pengeluaran dan nilai jualan padi bagi musim ini di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah masalah dan faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku?

  3. Berdasarkan Pakej Rangsangan Ekonomi untuk meningkatkan hasil padi, bagaimana masalah pengeluaran ini boleh diatasi?

183) RANCANGAN RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri untuk membantu golongan berpendapatan rendah membeli rumah-rumah kos rendah di dalam kawasan-kawasan Pekan di Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina rumah kos rendah yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah di kawasan-kawasan tersebut ?

    Klik jawapan »

184) YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Apakah status program-program yang sedang dilaksanakan oleh Yayasan Selangor

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan statistik bilangan anak Selangor yang menerima bantuan pendidikan, latihan dan kewangan Yayasan Selangor bermula 2008 hingga sekarang ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah strategi Yayasan Selangor untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, kreatif dan inovatif selaras dengan aspirasi Negara ?

    Klik jawapan »

185) HUTAN SIMPANAN DI KOTA DAMANSARA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mempromosikan Hutan Simpanan Kota Damansara ini agar ianya menjadi suatu lokasi perkhemahan dan riadah yang istimewa di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk melibatkan pihak Badan Bukan Kerajaan dan komuniti Orang asal untuk turut menyumbang memulihara hutan ini?

    Klik jawapan »

186) HARGA RUMAH

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah kerajaan dapat menetapkan satu dasar untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana untuk memilik rumah mereka yang pertama memandangkan harga rumah di kawasan seperti Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya semakin meningkat?

    Klik jawapan »

187) PROGRAM ÔWORKFAREÕ

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk menjadikan program ÔworkfareÕ kenyataan terutamanya untuk meningkatkan pendapatan mereka yang kurang dari RM 1500 sebulan

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan dalam membina satu pangkalan data golongan pendapatan rendah, fakir miskin secara bersepadu.

    Klik jawapan »

188) PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Apakah penunjuk yang boleh digunakan dalam pembangunan ekonomi di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah kerajaan dapat menilai perkembangan ekonomi di Selangor adalah usaha kerajaan Selangor?

    Klik jawapan »

189) PEMBERIAN PERUNTUKAN KEPADA SJKT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peruntukan diluluskan kepada SJKT?

  2. Adakah peruntukan ini diuruskan oleh pihak sendiri atau digunakan untuk tujuan aktiviti seminar, pembekalan barangan yang ditentukan oleh Kerajaan Neger

190) PEMBANGUNAN FELDA SG BUAYA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Apakah status tanah bekas peneroka itu kepada kerajaan negeri ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membangunkan tanah tersebut ?

    Klik jawapan »

  3. Jika terdapat pihak swasta ingin memajukan tanah tersebut, apakah syarat-syarat daripada pihak kerajaan negeri ?

    Klik jawapan »