Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

191) PENGIMARAHAN MASJID

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah yang diambil untuk menjadikan masjid wadah penyatuan masyarakat?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program-program yang telah dilaksanakan untuk mengimarahkan masjid dan surau?

    Klik jawapan »

192) SALURAN PENYIARAN DAN PENERBITAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah perolehan pendapatan dan juga kerugian yang ditanggung daripada TV Selangor dan Akhbar Selangorkini oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa rancangan untuk TV Selangor mengadakan suatu saluran di dalam Bahasa Inggeris, bahasa Cina dan Bahasa Tamil?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa rancangan untuk menerbitkan Selangorkini dalam Bahasa Cina dan juga Bahasa Tamil pada masa hadapan?

    Klik jawapan »

193) PELAN INTERGRITI KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah visi, misi serta kayu pengukur kejayaan untuk Pelan Integriti Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah ahli jawatankuasa yang menganggotai badan pelaksana Pelan Integriti Kerajaan Negeri Selangor bagi memantau keberkesanan pelan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan polisi dan program yang telah dilaksanakan di bawa Pelan Integriti Kerajaan Negeri Selangor dan sejauh manakah pelan tersebut berjaya dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang telus, amanah dan bertanggungjawab terhadap rakyat?

    Klik jawapan »

194) SANITARY LANDFILL DI TANJUNG DUA BELAS

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Berapakah meter luas persegi yang telah digunakan sehingga kini?

  2. Untuk berapa lamakah yang dijangka sanitary landfill ini boleh diguna?

195) PERKAMPUNGAN ORANG ASLI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan perkampungan-perkampungan orang asal yang terdapat di dalam Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Juga nyatakan perangkaan jumlah penduduk-penduduk di perkampungan tersebut

  3. Apakah perancangan atau program Kerajaan Negeri Selangor mendekati juga membangunkan kehidupan mereka-mereka itu?

196) ISU PEMBANGUNAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyakkah peruntukan yang diperuntukkan untuk projek pembangunan di Negeri Selangor berbanding peruntukan penerangan sebanyak 15 juta?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rasionalnya Penubuhan Penerangan Selangor yang dilihat membazirkan wang rakyat sebanyak 15 juta?

    Klik jawapan »

197) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI TAMAN WAWASAN TANJONG KARANG

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah Tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu pemilik rumah di Taman Wawasan Tanjong Karang yang masih tidak dapat diduduki sehingga sekarang ?

    Klik jawapan »

198) PERBELANJAAN PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah ahli majlis yang menubuhkan pejabat perkhidmatan seluruh Selangor?

  2. Berapakah kos yang dibelanjakan untuk sebuah pusat khidmat ahli majlis dan jumlah seluruh Selangor?

199) BAYARAN TERTUNGGAK KEPADA KONTRAKTOR KECIL ALAM FLORA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Masalah kutipan sampah dan pembersihan kawasan Majlis Daerah Kuala Selangor diselia oleh Alam Flora Sdn Bhd : Banyak rungutan telah diterima daripada penduduk. Siasatan kami menunjukkan bahawa 32 orang kontraktor yang terlibat di kawasan ini tidak menerima bayaran mereka selama 9 bulan. Kerana kekurangan modal pusingan,kerja -kerja kontraktor ini sudah sampai kepada tahap beku, akibat kelewatan pembayaran. Tunggakan ini sekarang berjumlah lebih kurang 9 million ringgit. Perjanjian di antara Alam Flora dengan pihak kontraktor-kontraktor adalah "back-to-back basis " bermaksud sekiranya dapat pembayaran daripada MDKS kepada Alam Flora,barulah pihak kontraktor kutipan sampah mendapat bayaran. Ini dengan jelas menunjukkan perjanjian ini menyebelahi satu pihak sahaja. Aliran tunai MDKS adalah terhad: hasil pendapatan cukai adalah lebih kurang 10 juta ringgit setahun. Sukarlah untuk MDKS menyelesaikan masalah ini. Apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini ?

    Klik jawapan »

200) PROJEK-PROJEK RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan projek-projek rumah terbengkalai yang telah dipulihkan semula oleh Kerajaan Negeri/ Sila nyatakan berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri serta status pemulihan projek-projek tersebut.

    Klik jawapan »