Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

221) JPS ( PERPARITAN DAN PENGAIRAN )

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Berapakah Peruntukan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam tahun 2010 untuk menyelenggara parit-parit sebu di dalam kawasan kampungkampung di luar bandar ?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan pembahagian peruntukan tersebut mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan perbelanjaan yang telah dilaksanakan sehingga bulan September 2010.

    Klik jawapan »

222) MASALAH SAMPAH

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Masalah sampah tidak diselenggara dan dibuang di tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Apakah langkah Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah ini?

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri terhadap sampah-sampah yang dibuang ke dalam sungai?

223) SISTEM PENANGKAP KILAT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Adalah difahamkan bahawa kebanyakan bangunan-bangunan tidak mempunyai sistem penangkap kilat. Apakah pandangan Kerajaan Negeri terhadap perkara ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

224) PREMIUM TANAH

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Dalam projek Merakyatkan Ekonomi Selangor, apakah Kerajaan tidak bercadang untuk menurunkan premium tanah bagi tapak rumah di kampung-kampung tradisi (tanah-tanah Lot) kepada RM2.00 sekaki persegi. Ini kerana kebanyakan mereka yang di tawarkan premium tersebut gagal untuk menjelaskannya.

    Klik jawapan »

225) BAYARAN SUBSIDI TAMBANG BAS UNTUK MURID SEKOLAH

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Setakat ini ,berapa ramai murid dibantu di bawah skim ini ?

    Klik jawapan »

  2. Bila murid -murid dari Kawasan DUN Bukit Melawati akan mendapat bantuan di bawah skim ini ?

    Klik jawapan »

226) BANGUNAN MILIK TOURISM SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri ke atas bangunan milik Tourism Selangor di Dataran Shah Alam? Sila nyatakan kos perpindahan pejabat dan operasi Tourism Selangor dan SSIC ke Bandar i-City?

    Klik jawapan »

227) PENYENGGARAAN BAN / BENTENG PANTAI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan ban-ban dan benteng-benteng yang dibina di sepanjang pantai di Negeri Selangor sentiasa selamat daripada ancaman hakisan pantai ?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan yang telah disediakan untuk menyenggarakan ban-ban dan benteng-benteng tersebut tahun 2010 ?

    Klik jawapan »

228) FLAT TAMAN RAKAN, CHERAS

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah penyelenggaraan sampah di kawasan ini?

  2. Adakah pihak PBT mengambil inisiatif menggalakkan penduduk flat ini untuk menubuhkan JMB?

229) KEMUDAHAN ASAS KAFA INTEGRASI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah keseluruhan peruntukan yang diperlukan bagi memenuhi standard Audit dalam menyediakan kemudahan asas KAFA Integrasi seluruh Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah bantuan yang telah diberikan oleh masing-masing Kerajaan Negeri, BPI, JPN Selangor dan LZS untuk kemudahan asas sepanjang tahun 2009?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah yang telah diperuntukkan untuk tahun 2009 dan 2010 bagi meningkatkan kemudahan asas seperti dalam piawaian Audit?

    Klik jawapan »

230) TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan dan strategi kerajaan untuk memulihkan TKPM yang kebanyakannya gagal atau tidak mencapai sasaran?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah perbelanjaan yang digunakan untuk Projek TKPM dalam tahun 2009 mengikut lokasi?

    Klik jawapan »