Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

241) PEMILIKAN DAN PERMOHONAN TANAH OLEH KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan pekeliling yang membenarkan pegawai kerajaan negeri untuk memohon serta memiliki tanah dan perumahan kos rendah.

    Klik jawapan »

  2. Apakah polisi kerajaan negeri yang terbaru dalam membenarkan kakitangan kerajaan memohon tanah dan membeli rumah kos rendah atau kemudahan lain kerajaan negeri?

    Klik jawapan »

  3. Badan manakah yang bertanggungjawab memproses dan meluluskan segala permohonan tersebut?

    Klik jawapan »

242) MODERN PIG FARMING DI TUMBUK

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Apakah kedudukan Projek Modern Pig Farming di Tumbuk sekarang?

    Klik jawapan »

  2. Apakah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri semasa ingin melaksanakan projek ini?

    Klik jawapan »

  3. Sehingga kini, ada berapakah syarikat-syarikat yang sedia bekerjasama melaksanakan projek in?

    Klik jawapan »

243) KENDERAAN RASMI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Berapa buah kenderaan rasmi Kerajaan Negeri Selangor yang terlibat dengan saman ekor, minta nyatakan jumlah sama dan amaun denda yang telah dibayar dan jumlah tunggakan?

    Klik jawapan »

244) SKIM PERUMAHAN MILIK PEKERJA LADANG

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah -langkah yang telah diambil untuk menguatkuasakan Skim Perumahan Milik Pekerja Ladang di Negeri Selangor?

  2. Bila Skim ini akan dikuatkuasakan ?

  3. Apakah syarat dan terma yang akan dikenakan di bawah skim ini ?

245) ANAK-ANAK SYARIKAT DAN BADAN-BADAN BERKANUN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri ke atas anak-anak syarikat dan badan-badan berkanun Kerajaan Negeri yang dormant? Sila nyatakan perancangan Kerajaan Negeri ke atas badan berkanun Institut Perkembangan Minda (INMIND)

    Klik jawapan »

246) ELAUN GURU KAFA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008 muka surat 14: ÒPada pendapat Audit, pembayaran elaun Guru KAFA adalah tidak memuaskan walaupun Kerajaan Negeri telah menaikkan elaun berjumlah RM1,000 mulai bulan Januari 2009Ó. Audit dalam muka surat 13 juga menyatakan: ÒGuru KAFA yang mengajar 70 jam sebulan sepatutnya menerima RM1,458 sebulanÓ. Ulasan Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor, muka surat 56, Para 2.5.3.5: ÒBayaran Guru KAFA adalah berbentuk elaun dan tanggungjawab JAKIM dan Kerajaan Negeri yang boleh menambah elaun. Akan mengadu kepada pihak berkuasa sekiranya usaha yang dibuat gagalÓ. Apakah usaha-usaha yang telah diambil oleh Jabatan bagi memenuhi piawaian Audit di atas?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah penambahan peruntukan sekiranya garis panduan bayaran RM1,458 sebulan mahu dilaksanakan terhadap guru-guru KAFA berkenaan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memenuhi sasaran elaun RM1,458 sebulan bagi guru-guru berkenaan?

    Klik jawapan »

247) TUISYEN RAKYAT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan perbelanjaan program Tuisyen Rakyat mengikut DUN bagi 2009-2010.

  2. Apakah sistem pengurusan dan pemantauan yang diguna pakai dalam program tersebut?

  3. Apakah keberkesanan program tersebut?

248) PINJAMAN MIKRO KREDIT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Pinjaman Mikro kredit Selangor telah dilancarkan di Sabak Bernam oleh YB Exco Dr Hassan Mohd Ali. Berapa ramaikah rakyat Negeri Selangor yang telah mendapat pinjaman mikro kredit dan berapakah jumlah wang yang terlibat ?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan nama-nama DUN yang telah menjalankan skim mikro kredit ini.

    Klik jawapan »

  3. Apakah syarat-syarat seseorang itu untuk melayakkan dirinya menerima bantuan mikro kredit ?

    Klik jawapan »

249) UNIVERSITI MADINAH DI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Sebuah Cawangan Universiti Madinah telah diwujudkan di Selangor. Bila dan dimanakah cawangan ini ditubuhkan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah fakulti-fakulti yang ditubuhkan setakat ini?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah jangkaan perkembangan masa depannya?

    Klik jawapan »

250) KUTIPAN HASIL CUKAI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila kemukakan butiran terperinci jumlah kutipan hasil cukai yang berjaya dikutip oleh Kerajaan Negeri sehingga bulan September tahun 2010 ?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan jumlah kutipan hasil cukai Negeri Selangor secara perbandingan sejak 5 tahun yang lalu ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah faktor utama yang mempengaruhi prestasi kutipan hasil cukai Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »