Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

51) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Bolehkah kita mengadakan untuk rakyat rumah mampu milik yang harganya sedikit melepasi harga yang ditawarkan kepada ÒPemindahan SetingganÓ kerana ramai yang berpendapatan rendah di negeri ini yang tidak mampu memiliki rumah?

    Klik jawapan »

52) BANJIR DI KLANG

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah keadaan banjir kilat kerap berlaku di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK)?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah langkah-langkah yang telah diambil sebelum ini (jika ada) tidak dapat mengatasi masalah banjir kilat di kawasan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah baru yang sedang dan bakal diambil bagi mengatasi masalah banjir kilat yang telah bertahun-tahun membelenggu para penduduk di kawasan Klang ini?

    Klik jawapan »

53) PEMBERIAN MILIK TANAH SEMENTARA (TOL)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Semenjak Mac 2008-Mac 2010 berapa banyak dari segi persegi dan keping pemberian milik tanah sementara (TOL) telah diluluskan oleh kerajaan negeri

    Klik jawapan »

  2. Bolehkah dapat pecahkan jumlah kelulusan itu mengikut daerah

    Klik jawapan »

  3. Sehingga tahun ini dapatkah kerajaan negeri meluluskan 10000 keping tanah seperti yang telah diumumkan Menteri Besar awal tahun ini.

    Klik jawapan »

54) PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Apakah program-program kerajaan negeri untuk memajukan kawasan luar Bandar secara menyeluruh ?

    Klik jawapan »

  2. Secara perbandingan, berapakah nisbah bajet yang diperuntukkan untuk pembangunan kawasan luar bandar berbanding kawasan PBT-PBT ?

    Klik jawapan »

55) PELABURAN DARI NEGARA TIMUR TENGAH

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah prestasi pelaburan yang diterima dari negara-negara Timur Tengah dari tahun 2008 sehingga kini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan untuk menarik pelabur dari wilayah tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mempromosikan hub halal sebagai tarikan untuk pelabur-pelabur datang ke negara ini?

    Klik jawapan »

56) WABAK LEPTOSPRIROSIS

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah kes Leptosprirosis (kencing tikus) yang telah berlaku di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tempat-tempat rekreasi seperti kawasan air terjun dan jeram selamat dari wabak ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan proaktif yang telah diambil untuk menghadapi wabak ini?

    Klik jawapan »

57) NASIB KAUM NELAYAN DI ASSAM JAWA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Segala masalah nelayan telah dikemukakan dalam satu laporan ke Pejabat Menteri Besar pada bulan November 2009. Tindakan membaiki jalan sedang dijalankan oleh penternak udang sekarang. Banyak lagi perkara perlu diselesaikan dengan kadar segera antaranya : i. paloh perlu didalamkan dan endapan lumpur di atasi ii. membina sebuah jeti. iii. membina gerai-gerai untuk jualan hasil laut. iv. membina Kampong Tersusun nelayan v. menubuhkan satu dana pendidikan anak-anak nelayan dan lain-lain. Bilakah perkara -perkara tersebut dapat dilaksanakan ?

    Klik jawapan »

58) KEGUNAAN TANAH TAPAK IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah permohonan telah diterima dan berapakah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sejak kerajaan Pakatan Rakyat untuk kegunaan Kuil/Tokong/Gereja?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kelayakan yang diperlukan bagi memohon tanah ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah masalah yang dihadapi dalam proses pemberian tanah ini?

    Klik jawapan »

59) PROJEK TEBATAN BANJIR DI KAWASAN SHAH ALAM

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008, muka surat 165: ÒPada pendapat Audit, pengurusan Projek Tebatan Banjir Negeri Selangor/Lembah Klang - Pembaikan Sg Damansara tidak memuaskan kerana sebahagian daripada L shape drain mengalami kegagalan. JPS bertanggungjawab untuk mengambil tindakan pembetulan dengan segeraÓ. Ulasan Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor, muka surat 83, Para 7.5.1.1(a) menyatakan: ÒSatu jawatankuasa penyelarasan projek tebatan banjir akan dilaksanakan bagi memantau reka bentuk dan pelaksanaan projek mulai tahun iniÓ. Sudahkah jawatankuasa ini ditubuhkan dan siapakah yang menganggotainya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program dan jadual pemantauan reka bentuk yang telah diwujudkan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah Jabatan untuk mengelakkan masalah ini berulang kembali?

    Klik jawapan »

60) USAHAWAN MUDA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah usahawan muda di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah daripada tahun 2007-2010

    Klik jawapan »

  2. Apakah skim-skim yang telah diwujudkan oleh kerajaan negeri bagi menggalakkan dan memperkasakan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan?

    Klik jawapan »