Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

11) KUPON AIR DI PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta kerajaan memberi penerangan tentang pelaksanaan kupon air untuk pangsapuri kos rendah Sri Tanjung di USJ16?

    Klik jawapan »

  2. Meminta penerangan bagaimana RM24.5 juta yang diperuntukkan setahun dibawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) membabitkan 620 pemaju pangsapuri kos rendah di negeri ini dapat dilaksanakan.

    Klik jawapan »

12) PEMERDAGANGAN MANUSIA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan indeks pemerdagangan manusia Selangor dan statistik kes tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kewujudan pusat-pusat hiburan haram menyumbang kepada jenayah ini ?

    Klik jawapan »

13) BANTUAN KEPADA GENERASI MUDA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri bagi membantu generasi muda tersebut yang ingin mula berniaga selepas mereka menamatkan pengajian mereka selain dari memberikan latihan asas serta pinjaman perniagaan?

    Klik jawapan »

  2. Berapa lamakah bantuan tersebut disalurkan kepada mereka?

    Klik jawapan »

14) PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis


  1. YAB Menteri Besar mengumumkan pelantikan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri dengan bayaran RM 1. Apakah Datuk Seri Anwar menerima imbuhan lain seperti perbelanjaan ke luar negara dan sebarang elaun?

  2. Jika ada, apakah perincian aktiviti dan jumlah pembiayaan yang telah dibuat oleh beliau dan kakitangannya sejak pelantikan beliau sehingga 30 September 2010?

  3. Berapa ramaikah kakitangan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan berapakah kos gaji dan pengurusan pejabat tersebut setiap bulan?

15) MASALAH TIKUS DAN LIPAS

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah tikus dan lipas yang semakin serius?

    Klik jawapan »

  2. Adakah satu bajet khas akan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini memandangkan PBT sentiasa memberi alasan tidak mempunyai bajet?

    Klik jawapan »

  3. Sila senaraikan kes-kes kematian di Selangor sejak 2008 yang diakibatkan oleh tikus dan lipas.

    Klik jawapan »

16) PADANG FUTSAL DAN MEDAN SELERA DI SEBELAH PANDAN PERDANA LOW COST FLAT KAWASAN TERATAI, MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status tanah tersebut.

    Klik jawapan »

  2. Dengan sepucuk surat tawaran dari MPAJ, adakah operator itu berhak untuk membangunkan kawasan tersebut dan dalam apakah keadaan kerajaan boleh ambil alih tempat tersebut. Sila jelas dari segi undang-undang.

    Klik jawapan »

  3. Sila kemukakan semua kontrak-kontrak dan dokumen berkenaan.

    Klik jawapan »

17) ISU KEMISKINAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis


  1. Berikan secara dgn terperinci, statistik mengenai rakyat miskin di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah masalah yang timbul akibat kemiskinan ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah jangka masa pendek dan panjang yang dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi membantu mereka?

    Klik jawapan »

18) PERUNTUKAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peruntukan yang di belanjakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor kepada penerima-penerima bantuan bulanan di seluruh Parlimen Ampang bagi tahun 2008 & 2009 secara terperinci, berikan mengikut UMUR dan BANGSA?

    Klik jawapan »

19) PROGRAM PENETAPAN HARI SABTU SEBAGAI HARI TANPA PLASTIK

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Adakah program yang dilaksanakan menepati objektif dan sejauh mana keberkesanannya ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah langkah lanjut untuk memastikan program ini berjaya ?

    Klik jawapan »

20) STATUS TERKINI SYABAS

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status terkini projek pembelian air di antara Kerajaan Negeri dengan pihak SYABAS?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pembelian ini akan menguntungkan rakyat di Selangor, nyatakan?

    Klik jawapan »