Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

21) INFRASTRUKTUR DI KAWASAN DESA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Bertulis


  1. Semua dewan -dewan dan balairaya -balairaya di Bukit Melawati perlu dibaiki dan ada yang perlu dibina semula. Parit-parit di tepi jalan raya utama perlu dibersihkan dan perlu didalamkan. Jalan-jalan pendalaman perlu dibaik pulih. Pondok-pondok bas lebih banyak diperlukan. Majlis Daerah Kuala Selangor memerlukan dana tambahan Kerajaan Negeri menimbang semula permintaan ini untuk mendapatkan keperluan tersebut di kawasan desa dan menambahkan dana? Dianggarkan dana tambahan sebanyak RM 30 juta diperlukan untuk Bukit Melawati. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri ?

    Klik jawapan »

22) PERTUMBUHAN EKONOMI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Apakah jangkaan pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor 5 tahun ke hadapan? Sektor manakah yang akan menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor dan apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk merealisasikannya.

    Klik jawapan »

23) HUTANG TALAM CORPORATION

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan Negeri telah melakukan pengambil alihan hutang Talam melalui kaedah "round tripping" yang membabitkan wang sejumlah RM 391.7 juta. Kita percaya pengambil alihan ini dilakukan mengikut lunas undang-undang dan peraturan. Justeru mohon dinyatakan: Apakah nama bank yang terbabit dalam urusan ini dan berapakah faedah yang dibayar oleh kerajaan negeri bagi urusan ini?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah peguam yang mengendalikan proses ini dan berapakah kos?

    Klik jawapan »

  3. Sehingga 30 September 2010, berapakah jumlah hutang yang telah dibayar oleh Talam Corporation dan dalam bentuk apa?

    Klik jawapan »

24) PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan alamat dan no telefon Pusat Khidmat Ahli Majlis

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bilangan Ahli Majlis yang tinggal di kawasan Perkhidmatan.

    Klik jawapan »

25) TERMINAL BAS PELABUHAN KLANG

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Tiadakah perancangan dari PBT untuk mempromosikan terminal bas tersebut? Ini kerana kebanyakan peniaga yang berniaga di sana diibaratkan kais pagi, makan pagi dan kais malam, makan malam

  2. Apakah bantuan dan tindakan dari PBT dalam menangani permasalahan tersebut, nyatakan?

26) PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perancangan kerajaan negeri terhadap Pembangunan Usahawan kalangan golongan muda?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan pencapaian dalam tempoh 2008-2010

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peruntukkan yang diberikan untuk pembangunan usahawan muda dan perincikan.

    Klik jawapan »

27) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA KUMPULAN SEMESTA SDN BHD (KSSB)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan Ahli-ahli Lembaga KSSB.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga KSSB bagi tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga KSSB bagi tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

28) PERANAN AHLI DEWAN NEGERI DAN AHLI MAJLIS DAN SFERASFERA BIDANG KUASA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan peranan-peranan tertentu bagi Ahli Dewan Negeri sebagai wakil rakyat yang diundikan dan ahli majlis yang dilantik oleh parti-parti politik dalam kuasa.

    Klik jawapan »

  2. Di mana dasar dan isu-isu pentadbiran PBT-PBT adalah berkepentingan, pihak / parti yang mana seperti Ahli Dewan Negeri atau ahli majlis, yang mempunyai akhir kata?

    Klik jawapan »

  3. Dalam keadaan di mana penempatan ahli majlis tidak disokong oleh Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negeri dalam zon yang tertentu, adakah ahli majlis itu akan masih dilantik ke zon tersebut?

    Klik jawapan »

29) YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah pihak Yayasan Selangor berhak untuk memasuki perjanjian Ð perjanjian usaha sama dengan perusahaan swasta dan apakah syarat-syarat yang biasanya memberikan kepada mereka kuasa untuk memaksa usaha sama sebegini ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Yayasan Selangor komited kepada usaha sama secara paksa seperti dalam kes-kes di mana pembaharuan pajakan bagi stesen-stesen petrol memerlukan bahawa syarikat-syarikat minyak perlu memenuhi keperluan ini sebelum pajakan mereka diperbaharui dan apakah kewajaran di belakang perkahwinan paksa sebegini?

    Klik jawapan »

30) PUSAT HIBURAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah lesen telah diberikan kepada Siber Kafe, pusat urut, Karaoke?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan diambil ke atas pusat hiburan yang tidak berlesen?

    Klik jawapan »