Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

51) PUSAT HIBURAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyakkah pusat hiburan yang terdapat di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang ?

    Klik jawapan »

  2. Daripada jumlah tersebut, berapakah jumlah yang mendapat lesen beroperasi dari MPK ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kriteria atau syarat-syarat yang perlu dipenuhi apabila membuka pusat hiburan dan bagaimanakah MPK memantau agar syarat-syarat tersebut di patuhi setiap masa ?

    Klik jawapan »

52) GAJI MINIMA PEKERJA-PEKERJA DI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Tuntutan pekerja-pekerja mengenai gaji minima terus disuarakan oleh persatuan sekerja termasuk di Selangor. Sejauh manakah tuntutan memberi harapan kepada pekerja-pekerja?

  2. Dengan taraf hidup di Selangor adalah tinggi, sebanyak mana kira-kira gaji minima yang sesuai bagi pekerja-pekerja di Selangor?

  3. Adakah kerajaan Selangor mahu memberi gaji minima kepada pekerja-pekerjanya?

53) SKIM MIKRO KREDIT SELANGOR (SKIMSEL)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah matlamat utama penubuhan SKIMSEL dan faedahnya kepada peniaga secara kecil-kecilan ?

  2. Sila nyatakan golongan manakah yang difokuskan untuk diberi bantuan pinjam tersebut dan berapakah caj perkhidmatan yang dikenakan ?

  3. Sila nyatakan apakah kaedah pembayaran balik dan cara kutipan tersebut dibuat ?

54) ISU BEKAS PEKERJA LADANG PERANG BESAR, SEDGELY, GALLOWAY DAN MEDINGLY

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Penduduk Taman Permata Dengkil telah mengadakan bantahan 24 jam mengutarakan masalah perumahan flat mereka 2 bulan yang lalu. Kerajaan negeri melalui Exco- nya YB. Xavier Jayakumar turut memberi sokongan kepada bantahan penduduk dan berjanji kerajaan negeri akan mendapatkan tanah untuk penduduk. Apakah progress dalam usaha kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu ini?

    Klik jawapan »

55) TUNGGAKAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta kerajaan memberi senarai peminjam-peminjam pinjaman pelajaran kerajaan negeri yang masih belum menjelaskan tunggakan mereka serta amaun tunggakannya.

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memungut balik tunggakan-tunggakan ini?

    Klik jawapan »

56) BAJET INFRASTRUKTUR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bajet infrastruktur yang boleh dipohon oleh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kegunaan baik pulih infrastruktur yang tidak mampu diperuntukkan oleh PBT?

    Klik jawapan »

  2. Jika tiada, mengapa?

    Klik jawapan »

  3. Jika ada, sila berikan butir-butir kegunaan bajet tersebut bagi tahun 2010.

    Klik jawapan »

57) PROJEK TERBENGKALAI- PANGSAPURI BUKIT PANDAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan status Pangsapuri Bukit Pandan.

    Klik jawapan »

  2. Adakah projek ini telah diambil alih oleh mana-mana pihak?

    Klik jawapan »

  3. Bolehkan kerajaan mengusahakan projek tersebut. Sila nyatakan caranya

    Klik jawapan »

58) PASAR BORONG SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah pendapatan yang telah diterima oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor PKPS sejak menguruskan Pasar Borong Selangor ? Sila Berikan pecahan mengikut tahunan.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah peniaga yang berada di Pasar Borong sekarang?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah pekerja-pekerja asing yang berniaga dan menguruskan tapak perniagaan di Pasar Borong?

    Klik jawapan »

59) TUNGGAKAN HASIL

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah tunggakan kutipan hasil yang belum berjaya di kutip oleh kerajaan negeri setakat tahun 2009?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan secara terperinci tunggakan hasil seperti tunggakan cukai tanah dan lain Ð lainnya berserta amaunnya.

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam usaha memperolehi tunggakan ini dan berapakah ramalan kutipan yang mampu dikutip?

    Klik jawapan »

60) PELUANG PEKERJAAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Bertulis


  1. Buat masa ini,hanya beberapa kilang sahaja masih beroperasi di Bukit Melawati. Sebahagian besar penduduk terpaksa berulang-alik ke Kapar, Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya untuk bekerja .Lima tahun dahulu, beberapa kilang yang memberi peluang pekerjaan kepada lebih kurang 3000 orang pekerja telah ditutup di kawasan Bukit Melawati. Apakah tindakan yang boleh dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan mengkaji bagi kilang -kilang ini beroperasi semula ?

    Klik jawapan »

  2. Atau boleh tak membawa masuk pelabur -pelabur baru ?

    Klik jawapan »