Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

61) RUNDINGAN SYARIKAT PENGURUSAN AIR NEGARA (SPAN) DENGAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Sila jelaskan status perundingan di antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Syarikat Pengurusan Air Negara (SPAN)? Sila jelaskan perancangan Kerajaan Negeri ke atas tuntutan daripada Syarikat Syabas menuntut pembayaran akibat tindakan Kerajaan Negeri tidak membenarkan kadar tarif air dinaikkan?

62) AHLI MAJLIS

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan keseluruhan Ahli Majlis PBT dan berapakah bilangan Ahli Majlis wanita mengikut PBT?

    Klik jawapan »

  2. Jika peratusan Ahli Majlis wanita tidak sampai minimum 30%, apakah puncanya? Apakah sasaran Kerajaan Selangor dalam mencapai minimum 30% Ahli Majlis wanita?

    Klik jawapan »

63) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA TOURISM SELANGOR SDN BHD (TSSB)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan Ahli-ahli Lembaga TSSB.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga TSSB bagi tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga TSSB bagi tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

64) PAPAN-PAPAN IKLAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah angka terakhir papan-papan iklan bawah Majlis Bandar raya Petaling Jaya yang berada bawah kategori sah dan haram dan sila nasihat maklumat-maklumat berapa daripada papan-papan iklan haram telah dirobohkan dan sama ada tunggakan bayaranbayaran untuk dibayar telah pun dikumpul dan denda dikenakan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah definisi papan-papan iklan yang sah atau haram?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah pengendali-pengendali papan-papan iklan yang telah menandatangani perjanjian dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan sila beri maklumat-maklumat secara terperinci : i. maklumat-maklumat pengendali-pengendali; ii. nombor papan-papan iklan; iii. nombor papan-papan iklan yang baru yang telah diluluskan dan kepada siapa (syarikat-syarikat yang mana); iv. tapak-tapak mereka dan saiz; dan v. jumlah bayaran-bayaran yang dibayar.

    Klik jawapan »

65) PENDAPATAN PBT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah pendapatan keseluruhan yang diperolehi oleh MPK pada tahun 2008 dan 2009 dengan mengikut setiap jenis cukai dan punca pendapatan?

  2. Berapakah belanja pengurusan dilakukan dengan mengikut setiap jabatan di MPK pada tahun 2008 dan 2009?

66) KEBAJIKAN DI BULAN RAMADAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Bulan Ramadhan dikenali juga `Bulan Kebajikan`. Sejauh manakah kerajaan Negeri Selangor melalui Exco Kebajikan mengeluarkan peruntukan bagi kebajikan pada bulan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Bidang kebajikan yang mana diberi keutamaan?

    Klik jawapan »

  3. Kawasan mana di negeri Selangor yang banyak diberi peruntukan kebajikan?

    Klik jawapan »

67) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan apakah projek-projek yang dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri khususnya untuk mempergiatkan industri tersebut sejak tahun 2008 hingga 2010 ?

    Klik jawapan »

  2. Sila huraikan sehingga setakat ini, bagaimanakah sambutan para usahawan IKS terhadap program Ðprogram dan projek-projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan tahunan yang disalurkan bagi membantu sektor IKS ini supaya dapat terus berkembang dengan pesat ?

    Klik jawapan »

68) KEMAJUAN INDUSTRI KECIL DAN DESA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mempromosi dan membangunkan industriindustri kecil kampung dan desa?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jenis bantuan yang disediakan kepada pengusaha sedemikian.

    Klik jawapan »

69) KES-KES MAHKAMAH YANG MELIBATKAN PBT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan semua kes mahkamah yang masih belum diselesaikan antara individu, syarikat-syarikat komersial atau pertubuhan-pertubuhan dengan semua PBT dan status perkembangan terkini terhadap kes-kes itu

    Klik jawapan »

  2. Meminta penerangan terperinci kes mahkamah di antara Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan Pest Control Association of Malaysia (PCAM)

    Klik jawapan »

70) USAHA KERAJAAN UNTUK MENAMBAH KAKITANGAN BUKAN MELAYU

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Pada setakat ini lebih daripada 90% kakitangan di semua agensi kerajaan merupakan Melayu, apakah usaha kerajaan untuk mengimbangkan keadaan ini dengan mengambil lebih ramai bukan Melayu dalam semua agensi kerajaan.

    Klik jawapan »