Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

81) JALAN-JALAN YANG DIBERI NAMA TOKOH-TOKOH NEGARA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak jalan yang telah dinamakan atas nama tokoh-tokoh yang menyumbang kepada negara dan Selangor di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya serta tahun ia dinamakan semula?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perkembangan terbaru kerajaan untuk menamakan semula Jalan Barat sebagai Jalan V. David?

    Klik jawapan »

82) MEDIA MASSA YANG DIGUNAKAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN PBT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Jabatan dan PBT manakah yang masih membeli surat khabar Utusan Malaysia sebagai sumber bacaan rasmi? Sila nyatakan semua surat khabar yang dibeli oleh PBT dan setiap Jabatan SUK.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan surat khabar atau media yang digunakan oleh setiap PBT, Jabatan di SUK dan jabatan-jabatan kerajaan negeri sebagai surat khabar rasmi untuk pengiklanan.

83) PENTERNAKAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan statistik pemilikan , penternak serta binatang yang diternak mengikut daerah sejak 2008 hingga 2010?

  2. Apakah langkahÐlangkah yang diambil kerajaan negeri menerusi agensi untuk membantu memasarkan ternakan-ternakan mereka ini jika ada?

84) PERKHIDMATAN KESIHATAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Bertulis


  1. Salah satu janji kita semasa pilihan raya umum yang lalu adalah perkhidmatan kesihatan percuma untuk golongan miskin. Kita faham kita bukan di bawah Kerajaan Persekutuan. Apakah usaha-usaha yang telah diambil untuk menunaikan janji tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah perbelanjaan diperlukan untuk memberi Perlindungan Insurans Kesihatan untuk rakyat Negeri Selangor yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM 3000.00 ?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah perbelanjaan diperlukan untuk memberi Perlindungan Insurans Kesihatan untuk semua rakyat Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

85) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan Ahli-ahli Lembaga PKNS.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga PKNS bagi tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga PKNS bagi tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

86) MASALAH ISU BAU BUSUK DI BEKAS LOMBONG, TAMAN SRI MANJA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Satu laporan terperinci telah dikemukakan kepada pihak Menteri Besar, MTES dan EXCO Alam Sekitar bertarikh 23 Oktober 2009, laporan itu telah dilencongkan balik kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk tindakan lanjut oleh mereka sebelum membentangkan ke MTES untuk tindakan pihak negeri. Bilakah jabatan kesihatan dalam MBPJ akan memasukkan laporan di mana ia sudah diketahui bahawa majlis penuh MBPJ telah menyokong laporan yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Kerja ÒTask ForceÓ Alam Sekitar, Masalah Isu Bau Busuk dan Pengeluaran Gas Hidrogen Sulfida (H2s) dan Gas Metana di Taman Sri Manja, PJS 3, Petaling Jaya, bawah LA21Pj, MBPJ bertarikh 23 Oktober 2009

    Klik jawapan »

  2. Sudahkah pejabat kesihatan Daerah Selangor mengemukakan kepada pihak MBPJ pengesahan mereka berkenaan status pengeluaran gas yang menjejaskan pendudukpenduduk?

    Klik jawapan »

  3. Sila beri maklumat-maklumat laporan tersebut dan jika laporan ini masih belum diterima daripada jabatan kesihatan, sila nasihat bila laporan ini akan dijangkakan untuk dikemukakan.

    Klik jawapan »

87) KETUA KAMPUNG

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan ketua kampung yang telah digugurkan yang tidak mencapai KPI yang ditetapkan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bentuk latihan dan kursus yang diberikan kepada ketua kampung bagi meningkatkan modal insan untuk meningkatkan mutu dan kecekapannya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah cadangan dan langkah yang berkesan kepada ketua kampung untuk mereka bekerja lebih cekap dan berkualiti?

    Klik jawapan »

88) JALAN KE DESA SURADA DIJADIKAN JALAN PINTAS DAN UTAMA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Bilakah jalan dari Sungai Ramal Dalam ke Desa Surada ini mahu diperbaiki?

    Klik jawapan »

  2. Pihak mana yang seharusnya mengambil tanggungjawab?

    Klik jawapan »

  3. Benarkah penaikan taraf melibatkan pengambilan tanah?

    Klik jawapan »

89) NAJIS DADAH DAN PIL KUDA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan butiran terkini berapakah jumlah penagih dadah di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah dan kaum ?

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan seluruh nama dan jenis dadah yang sering ditemui di pasaran ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan bagaimanakah cara yang paling mujarab untuk membendung kegiatan dadah di kampung-kampung tradisional dan kampung baru ?

    Klik jawapan »

90) PEMBANGUNAN DAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR YANG TIDAK SEMPURNA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Pembangunan yang tidak sekata dan terancang menyebabkan beberapa kemudahan infrastruktur seperti jalan raya tergantung tanpa penyambungannya . Pemaju enggan membuatnya kerana ianya di luar bidang kuasanya. Akhirnya penduduk setempat menghadapi kesukaran. Apakah langkah Kerajaan untuk mengawal pembangunan agar isu tersebut tidak berlaku?

  2. Kini ,Pihak Berkuasa Tempatan memegang wang cagaran tunai daripada pemaju yang boleh digunakan untuk menyempurnakan mana-mana kemudahan infrastruktur yang tidak siap. Apakah langkah Kerajaan untuk memperbaiki polisi kini ?