Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
63) PENDAPATAN PASIR KUMPULAN SEMESTA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Sehingga pertengahan tahun 2009, berapa jumlah pendapatan syarikat negeri iaitu Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang menjalankan aktiviti perniagaan pasir?
64) PENGANIAYAAN ANJING DI PULAU KETAM
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah penjelasan dan langkah penyelesaian daripada Kerajaan Negeri berkenaan kes anjing yang telah ditangkap dan dihantar ke pulau terpencil berdekatan dengan Pulau Ketam beberapa bulan yang lalu?
-
Apakah status pelaksanaan cadangan yang dikemukakan dan diterima di sesi Dewan yang lalu mengenai pembaikan kebajikan haiwan di semua PBT?
65) SEKOLAH MENENGAH AGAMA VOKASIONAL
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Semasa mengumumkan kenaikan guru agama KAFA Selangor pada awal November 2008, YAB DATO' Menteri Besar Selangor mencadangkan agar didirikan Sekolah Menengah Agama vokasional di negeri Selangor. Sejauh manakah tindakan bagi mendirikan Sekolah Menengah Agama Vokasional ini telah diambil?
-
Berapa buah sekolah sedemikian dijangka didirikan pada peringkat permulaan?
-
Adakah sebarang kerjasama diharapkan dari Kementerian Pelajaran Persekutuan?
66) MASALAH BANJIR DAN PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri setakat ini dalam menangani masalah banjir dan pencemaran sungai di Lembah Klang yang dilihat perlu diberi perhatian yang serius terutamanya Sungai Klang.
67) FENOMENA JEREBU DAN WABAK H1N1
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Fenomena jerebu dan wabak H1N1 sedang melanda Negeri Selangor. Yang membimbangkan ialah kesan khasnya kepada industri pelancongan. Apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk menangani kesan buruknya kepada industri pelancongan ?
68) URUSTADBIR BERWIBAWA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah rasional YAB Menteri Besar terus mengekalkan YB Tuan Ronnie Liew dan YB Cik Elizabeth Wong sebagai Ahli Exco sedangkan kedua-dua mereka sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah dan perlakuan lucah secara sukarela?
-
Apakah pengisytiharan harta yang dibuat ahli-ahli mesyuarat kerajaan Negeri Selangor mengambil kira semua bentuk harta yang dimiliki termasuk bersama rakan kongsi yang mereka miliki?
-
c) Apakah pengisytiharan harta yang dibuat ahli-ahli mesyuarat kerajaan Negeri Selangor mengambil kira semua bentuk harta yang dimiliki termasuk bersama rakan kongsi yang mereka miliki?
-
d) Senaraikan jumlah peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Negeri untuk setiap Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Negeri Selangor bagi tahun 2008 dan 2009?
69) ALAM SEKITAR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap syarikat pengeluaran pasir di Jalan Sungai Tekali, Hulu Langat yang melepaskan air kelodak tanah merah berlumpur ke Sungai Tekali dan seterusnya masuk ke Sungai Langat. Air sungai ini telah tercemar dan ekosistemnya telah rosak akibat kelodak lumpur tersebut?
-
Adakah syarikat pengeluar pasir ini mempunyai permit mengeluarkan pasir?
70) GRANT PERUNTUKAN KEMAHIRAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri pernah menyatakan peruntukan grant kemahiran belia. Ke manakah peruntukan ini akan disalurkan?