Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

131) SEKTOR PELANCONGAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan destinasi tarikan pelancongan Negeri Selangor mengikut susunan daerah dan jumlah pelancong yang datang melawat Negeri Selangor pada tahun 2008

    Klik jawapan »

  2. Sila huraikan apakah bentuk promosi yang dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi merangsang sektor pelancongan

    Klik jawapan »

  3. Adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan DUN Sekinchan yang terkenal dengan Jelapang Padi Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan Argotourism ?

    Klik jawapan »

132) MASALAH HAKISAN PANTAI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan kawasan yang dikenal pasti sering mengalami masalah hakisan pantai di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah.

  2. Apakah langkah dan tindakan yang dilakukan pihak JPS untuk menyelesaikan masalah hakisan pantai yang sering berlaku di Pantai Bagan Sekinchan?

  3. Sila kemukakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri setiap tahun bagi menangani masalah hakisan pantai.

133) TANAH RIZAB PERKUBURAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status terkini tanah rizab perkuburan Islam yang terletak di tepi Lebuh raya Kajang-Seremban (LEKAS) kerana setakat hari, ini tanah rizab tersebut telah dicerobohi dan didapati telah digondolkan tanpa sebarang tanaman tutup bumi oleh individu tertentu bagi tujuan menjalankan projek ternakan ikan. Walau bagaimanapun, projek tersebut telah terbengkalai mengakibatkan struktur dan sisa bahan binaan terbiar di atas tanah rizab tersebut

    Klik jawapan »

  2. Apakah perencanaan Pihak Berkuasa Negeri mengenai tanah rizab perkuburan Islam ini memandangkan sebelum ini terdapat pelbagai rancangan untuk mengadakan tanah perkuburan Islam baru

    Klik jawapan »