Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
41) SETINGGAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
YAB DATO' Menteri Besar pernah menyatakan dalam dewan, Negeri Selangor berhadapan dengan permasalahan setinggan dan kemiskinan yang serius di kawasan Bandar dan pinggir Bandar. i Apakah Pelan Tindakan Negeri bagi menghadapi isu setinggan ini?
42) KEADAAN ALAM SEKITAR SEMAKIN MEROSOT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan semasa Projek Pembersihan Sungai Klang yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
-
Berapa jumlah kilang di tepi Sungai Klang terpaksa dipindahkan kerana projek pembersihan Sg. Klang?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu pemilik-pemilik kilang kerana terjejas dalam projek pembersihan ini?
43) KRITERIA PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA BARU MASJID DAN SURAU
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri telah mengumumkan senarai Ahli Jawatankuasa masjid dan surau baru-baru ini. Mohon senaraikan nama-nama Ahli Jawatankuasa masjid dan surau dalam DUN Jeram?
-
Bagaimanakah cara pemilihan Ahli Jawatankuasa dilakukan dan kriteria bagaimana yang menjadi asas pemilihan?
-
Mohon senaraikan juga penceramah-penceramah yang telah diberi tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor bari tahun 2008 dan 2009?
44) STATUS PERMOHONAN TANAH
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Bertulis
-
Apakah status permohonan untuk mendapatkan geran peneroka tanah di Kampung Seri Tanjung, Dengkil.
45) RANCANGAN PEMBANGUNAN DAERAH SABAK BERNAM
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah pelan perancangan pembangunan yang bakal dilaksanakan di daerah Sabak Bernam bagi tempoh 5 tahun akan datang?
-
Sila nyatakan dengan detail apakah usaha-usaha yang dirangka oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menarik lebih banyak pelabur asing dan domestik datang melabur ke daerah Sabak Bernam.
-
Selain sektor pertanian dan perikanan, apakah sektor yang berpotensi untuk dimajukan di daerah Sabak Bernam?
46) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek perumahan dan pemaju yang bermasalah di negeri Selangor mengikut peringkat sehinggalah yang telah dikenal pasti sebagai terbengkalai?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap projek-projek perumahan yang bermasalah khususnya di DUN Meru?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil Kerajaan Negeri bagi melindungi pembeli yang menjadi mangsa apabila projek perumahan mereka bermasalah?
47) RUMAH MAMPU MILIK RAKYAT BERTARAF DUNIA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Exco dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan memaklumkan kepada ADUN Bangi bahawa Kerajaan Negeri dengan kerjasama PKNS akan memulakan projek perumahan mampu milik oleh rakyat bertaraf dunia di Bangi. Apakah maksud dan konsep rumah mampu milik oleh rakyat berpendapatan rendah bertaraf dunia itu?
-
Bilakah projek ini akan dijalankan di Bandar Baru Bangi?
-
Berapakah jangkaan harga bagi satu unit rumah mampu milik bertaraf dunia ini?
48) MASALAH BELIA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah belia di Negeri Selangor yang menjadi penagih dadah?
-
Adakah terdapat peningkatan penagih dadah di golongan belia di Negeri Selangor dan jika ia, kadar peningkatannya?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan/ mengatasi masalah ini?
49) PERUMAHAN PEKERJA LADANG PRANG BESAR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Pada tahun 1997, penduduk empat buah ladang di Selangor, iaitu Ladang Prang Besar, Ladang Sedgeley, Ladang Galloway dan Ladang Madingley telah dipindahkan ke rumah pangsa kos rendah, 5 tingkat Taman Permata. Flat ini telah dibina oleh Putrajaya Holdings untuk PNSB. Pekerja telah membuat perjanjian jual beli rumah ini dengan PNSB. Keadaan rumah ini amatlah teruk sekarang, di mana sistem kumbahan yang rosak ,'foundation' bangunan yang bermasalah. Penduduk juga sedang hidup dalam ketakutan kerana adanya sebuah paip gas Petronas yang berada kurang 50 meter dari Blok rumah pangsa ini. Perumahan ini juga belum mendapat kelulusan menduduki CF. Bagaimana kelulusan pembangunan untuk projek ini diluluskan , sehingga kelulusan CF tidak dapat diberikan?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah penduduk Taman Permata.
50) ANAK-ANAK SYARIKAT DAN SYARIKAT-SYARIKAT BERSEKUTU DI BAWAH PNSB
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Terdapat lapan anak syarikat, lapan syarikat bersekutu dan sebuah syarikat bersekutu di bawah anak syarikat PNSB. Sila kemukakan perbelanjaan untuk mengurus setiap syarikat di atas dari tahun 2004 hingga 2008.
-
Manakah di kalangan anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu ini yang rugi dan membebankan PNSB dan berapakah kerugiannya bagi setiap anak syarikat dan syarikat bersekutu tersebut
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menutup syarikat-syarikat yang membebankan PNSB ini?