Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

51) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah keluasan tanah mengikut sektor perusahaan di bawah pengurusan PKPS bagi tahun 2008-2009?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan Pengurus Besar setiap sektor perusahaan tersebut.

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah keuntungan/tanggungan bagi setiap sektor tersebut sehingga akhir tahun 2008?

    Klik jawapan »

52) MESRA USIA EMAS

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Apakah statistik pendaftaran Skim Mesra Usia Emas sehingga sekarang?

    Klik jawapan »

  2. Apakah strategi yang ada pada Kerajaan Negeri untuk menggiatkan dan menggerakkan pendaftaran skim Mesra Usia Emas di seluruh Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Berapa banyak wang telah dibelanjakan/dibayar oleh kerajaan Selangor melalui program-program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor?

    Klik jawapan »

53) KAWASAN LAPANG

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah, menambah baik dan membaik pulih kawasan lapang di kawasan bandar seperti di Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah kawasan lapang yang sudah diwartakan semenjak Mac 2008 sehingga kini? Berikan butir-butir.

    Klik jawapan »

54) PEMBATALAN PROGRAM MEMBERI RM30 KEPADA PELAJAR MISKIN YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR DAN SPM SETIAP BULAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Mengapakah program tersebut dibatalkan?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah program ini boleh membantu pelajar-pelajar miskin jika setiap DUN hanya boleh memberi peruntukan ini kepada 100 pelajar sahaja?

    Klik jawapan »

55) PELANTIKAN NAZIR MASJID

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Ada beberapa aduan diterima dari masyarakat Islam setempat tentang jawatan Nazir yang dicalonkan berbanding AJK dan pegawai masjid yang dipertandingkan di seluruh negeri Selangor telah dilaksanakan baru-baru ini. Walaupun Kerajaan Negeri mempunyai alasan melaksanakan apa yang terkandung di dalam enakmen pentadbiran agama Islam negeri Selangor tetapi rata-rata pandangan musuh kita tidak bersetuju dengan kaedah pemilihan Nazir yang menurut mereka perlu dipertandingkan dari dipilih oleh Jemaah pemilihan. Ini kerana mereka khuatir Nazir yang dicalonkan melalui mesyuarat khas tersebut tidak dari kalangan mereka. Mohon penjelasan.

    Klik jawapan »

56) INSIDEN BANGUNAN RUNTUH Ð JAYA SUPERMARKET

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah laporan penuh mengenai insiden runtuhan?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana Pihak Berkuasa Tempatan dapat mengelak perkara yang serupa daripada berlaku?

    Klik jawapan »

57) SIJIL KELAYAKAN PENDUDUKAN (CF)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah unit rumah yang belum memperoleh CF dalam MPS daripada tahun 2006 hingga 2009 mengikut PBT.

    Klik jawapan »

  2. Apakah punca-punca utama yang menyebabkan kelewatan dalam penyerahan CF mengikut projek yang disenaraikan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan CF di isukan dalam tempoh yang ditetapkan bagi menjamin hak pembeli rumah.

    Klik jawapan »

58) MEMBENDUNG PERMASALAHAN GOLONGAN BELIA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Golongan belia yang tidak dapat meneruskan alam persekolahan banyak terlibat dengan masalah juvenil / sosial masyarakat. Apakah langkah strategik dan pendekatan holistik yang diambil untuk membendung masalah ini daripada terus meningkat selain usaha kaunseling kepada individu serta ibu bapa terlibat yang dilakukan oleh pihak berwajib, jabatan agama atau NGO yang terlibat?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana dan apakah program yang dirangka atau disusun oleh kerajaan bagi cuba merapati serta mendekatkan mereka dengan masyarakat berbilang kaum yang sihat?

    Klik jawapan »

59) PERTAMBAHAN PUSAT HIBURAN DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyakkah pusat-pusat hiburan berlesen yang terdapat di sekitar Selangor kini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada premis-premis hiburan di seluruh Selangor ini kerana ia seperti tidak sama antara satu PBT dengan PBT yang lain?

    Klik jawapan »

  3. c) Apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada premis-premis hiburan di seluruh Selangor ini kerana ia seperti tidak sama antara satu PBT dengan PBT yang lain?

    Klik jawapan »

60) ‘FLYOVER’ / JAMBATAN JALAN UNIVERSITI PETALING JAYA – BULATAN LAMA UNIVERSITI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Perbincangan-perbincangan antara MBPJ / SYABAS, Tenaga Nasional dan Petronas Gas telah berlanjutan sejak 2006-2007 berkenaan kerja pembaikan untuk dijalankan di sekitar jambatan. Apakah status keputusan ke atas kos dan tanggungjawab-tanggungjawab jabatanjabatan kerajaan berkenaan isu ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh MBPJ untuk memastikan bahawa tidak berlakunya pembocoran paip-paip saluran utama air, SYABAS, disebabkan oleh berat jambatan yang juga mungkin boleh menyebabkan keruntuhan jambatan tersebut?

    Klik jawapan »