Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
111) PERKHIDMATAN TEKNOLOGI ÔWIRELESSÕ
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah persediaan pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan semua golongan penduduk di kawasan Pelabuhan Klang tidak ketinggalan di dalam menikmati perkhidmatan teknologi ÔwirelessÕ yang bakal dilancarkan dalam masa beberapa tahun lagi?
112) GOLONGAN MISKIN TEGAR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak jumlah golongan tersebut di Negeri Selangor?
-
Di antaranya, berapa adalah ibu tunggal?
-
Apakah cara-cara jangka masa pendek dan masa panjang yang pernah diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk menolong mereka?
113) PEMIMPIN BERSIH DAN KERAJAAN TELUS
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan semua pemimpin kerajaan bersih dari rasuah dan memastikan pentadbiran negeri benar-benar telus?
-
Apakah penyiasatan pentadbiran tanah dan sumber negeri telah dilakukan dan apakah hasilnya?
-
Apakah terdapat projek-projek membazir yang telah dijalankan oleh pentadbiran sebelum ini dan telah dihentikan oleh Kerajaan Negeri?
114) MASALAH KERJA PENYELENGGARAN MAJLIS
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Rakyat memaklumkan tiada penyelenggaraan longkang-longkang, di kawasan Taman Perumahan, kampung-kampung yang berada di kawasan Majlis. Keadaan ini menyebabkan longkang-longkang yang tersumbat menjadi pembiakan nyamuk aedes, dan bila hujan turun lebih satu jam longkang-longkang dipenuhi air memasuki ke rumah. Ini akan membahayakan keselamatan penduduk. Apakah tindakan Kerajaan Negeri mengatasi masalah tersebut?
-
Berapakah kos atau bajet yang di sediakan oleh Kerajaan Negeri dan berapa banyak kontraktor yang telah di lantik bagi menjalankan penyelenggaraan?
-
Bolehkah senarai pemborong penyelenggaraan diumumkan kepada rakyat supaya dapat dipantau oleh penduduk?
115) ZON / PRODUK PELANCONGAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Mengikut perancangan pembangunan pelancongan Selangor, apakah zon-zon pelancongan yang ada dan produk-produk yang ditawarkan?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk terus mempromosikan produk pelancongan sedia ada dan membangunkan produk pelancongan baru?
116) KONSEP NEGERI BERKEBAJIKAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri memperkenalkan konsep ÒNegeri BerkebajikanÓ untuk memastikan rakyat mendapat manfaat dari hasil-hasil Negeri. Berapakah jumlah kewangan yang dibelanjakan setakat ini bagi maksud melaksanakan agenda ÒNegeri BerkebajikanÓ berbanding belanja untuk tujuan pembangunan?
-
Dari manakah sumber wang yang dibelanjakan untuk melaksanakan agenda ÒNegeri BerkebajikanÓ?
-
Berapakah bilangan dan apakah bentuk bantuan yang diberikan kepada golongan berikut mengikut daerah : 1) Ibu Tunggal 2) Orang Kurang Upaya 3) Orang Miskin 4) Orang Asli 5) Anak Yatim
117) MIDA SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh MIDA Selangor mengikut PBT daripada tahun 2007-2009?
-
Apakah syarat-syarat bagi sesuatu kawasan industri untuk mendapatkan peruntukan daripada MIDA Selangor?
-
Apakah prosedur untuk mendapatkan peruntukan yang disalurkan oleh MIDA Selangor?
118) KUOTA UNIT BUMIPUTRA TIDAK TERJUAL
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan dengan terperinci mengikut daerah berhubung jumlah unit hartanah kuota bumiputera bagi jenis kediaman kos rendah, sederhana dan tinggi yang tidak terjual melebihi tempoh satu tahun dari tahun pelancaran bagi tahun 2008 dan 2009
-
Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap unit hartanah kuota bumiputera yang tidak terjual melebihi tempoh satu tahun terutamanya bagi jenis kediaman kos tinggi.
119) PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Apakah program khusus Kerajaan Negeri untuk menambah baik usahawan-usahawan muda dan baru Selangor
-
Apakah bentuk bantuan yang disalurkan kepada mereka dan bagaimana proses pemantauan keberkesanan bantuan yang disalurkan
120) ANAK-ANAK SYARIKAT DAN SYARIKAT-SYARIKAT BERSEKUTU DI BAWAH PNSB
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Bagi syarikat-syarikat yang tidak aktif dan telah lama menjalankan perniagaan serta mengalami kerugian, kajian akan dibuat bagi menutup atau menjual ekuiti dalam syarikat-syarikat tersebut. Apakah mekanisme kajian yang digunakan dan apakah ini akan melibatkan kos tertentu kepada PNSB?
-
Berapa lamakah masa yang diberikan untuk membuat kajian sehingga membolehkan syarikat-syarikat yang rugi ini ditutup?
-
Adakah Kerajaan Negeri memberi garis panduan tentang penjualan ekuiti syarikatsyarikat berkenaan?