Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
141) KESELAMATAN DARI JENAYAH DAN BENCANA
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah pelaksanaan sistem keselamatan kendiri di kawasan perumahan sebagaimana janji penggantian Rukun tetangga kepada sistem baru yang lebih berkesan?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan penguatkuasaan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir dilaksanakan?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan jenayah sosial yang berkaitan arak dan judi daripada berleluasa?
142) EKO-PELANCONGAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Selangor memiliki ÒTaman Warisan NegeriÓ iaitu hutan simpan kekal yang meliputi tiga daerah iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat. Ia kaya dengan flora, fauna dan air-air terjun. Apakah Kerajaan Negeri bercadang menjadikan ÒTaman Warisan NegeriÓ sebagai produk eko - pelancongan yang unggul?
143) PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah keluasan tanah Kawasan Hutan Simpan Sungai Karang yang telah di ceroboh dan diterokai ?
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas tanah kawasan hutan simpan Sungai Karang yang telah di ceroboh tersebut ?
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menjadikan kawasan hutan simpan Sungai Karang dapat menjamin sistem pengairan sawah padi di Kuala Selangor dan Sabak Bernam tidak terjejas ?
144) ADUAN-ADUAN PBT
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Aduan-aduan yang paling ketara diterima oleh semua PBT adalah aduan yang mengenai sampah, lampu jalan dan longkang tersumbat. Mengapakah masalah-masalah sebegini tidak dapat diselesaikan?
145) PENJUALAN TANAH PKNS DI SETAPAK
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Tanah seluas 93 ekar milik asal PKNS di Setapak telah dijual sepenuhnya: Kepada siapa atau pihak manakah PKNS menjual tanah tersebut?
-
Berapakah nilai jualan dan berapakah keuntungan yang diperoleh oleh PKNS daripada penjualan tersebut?
-
Apakah garis panduan yang diberikan oleh kerajaan bagi penjualan tanah milik PKNS di luar Negeri Selangor?
146) PENJAJA PASAR MALAM
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Jelaskan secara terperinci proses pengambilan semula pengurusan pasar malam di Selangor dan apakah rasionalnya
-
Terdapat banyak rungutan ramai peniaga lama tercicir dari senarai, apakah langkah mengatasinya agar semua dapat berniaga semula
147) KEJADIAN BANJIR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Akhir tahun lalu(2008), banyak kawasan di Selangor dilanda banjir mengakibatkan kehilangan/kerosakan harta. Ekorannya beberapa langkah diambil, termasuk 'cuci-gali', mendalamkan sungai, dan menubuhkan suatu jentera khas (Semesta) untuk menyelaraskan kegiatan menangani masalah banjir. Bagaimana semua kegiatan tersebut? Apakah laporan kemajuan di kawasan pinggiran Sg Kayu Ara di Kg cempaka, Petaling Jaya?
148) MASALAH WABAK DENGGI DI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Wabak denggi di Negeri Selangor semakin membimbangkan khususnya di Daerah Gombak. Terdapat beberapa lokaliti bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang yang tersenarai sebagai Ôhot spotÕ. Apakah tindakan Majlis Perbandaran Selayang untuk mengawal wabak ini
-
Bagaimanakah perancangan Majlis Perbandaran Selayang untuk mendidik komuniti bagi mempercepatkan proses kawalan dan pencegahan.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan Negeri Selangor mampu bebas denggi.
149) PELANCONGAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pelancong yang melawat ke Negeri Selangor mengikut negara pada tahun 2008-2009?
-
Apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menarik pelancong melawat ke Negeri Selangor?
150) UNISEL
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan UNISEL untuk menarik lebih ramai penuntut terutamanya penuntut luar negeri yang secara tidak langsung dapat merancakkan industri pelancongan negeri yang berasaskan pendidikan.
-
Adakah UNISEL bercadang untuk mewujudkan Õ Centre of Excellence in International Islamic Banking and Finance Õ dalam usaha melahirkan tenaga kerja dalam industri tersebut sejajar dengan hasrat YAB DATO' Menteri Besar untuk menjadikan Shah Alam sebagai Pusat Kewangan dan Perbankan Islam bertaraf antarabangsa.