Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
73) TANAH
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menurunkan cukai tanah terutamanya di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ÔKerajaan BerkebajikanÕ?
-
Kerajaan Negeri ada menubuhkan task force berkenaan tanah negeri, apakah hasil kajian, pemerhatian dan cadangan yang telah dikemukakan oleh task force ini?
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri berhubung dengan ÔpemberimilikanÕ tanah-tanah bagi setinggan, peneroka, TOL dan kampung baru?
74) JAWATANKUASA TETAP HAL EHWAL ISLAM
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Dimaklumkan hanya lima pihak berkuasa dibenarkan mengeluarkan kenyataan melibatkan isu-isu agama Islam di negeri ini bagi memastikan maklumat disiarkan media adalah tepat iaitu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, MAIS, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Ketua Hakim Syarie dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Adakah ini bermakna Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam telah dikurangkan kuasanya dan tidak boleh mengeluarkan kenyataan melibatkan isu-isu agama Islam?
-
Apakah skop dan tugasan yang ditadbir urus oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam?
78) TATACARA BAGI PENGGUNAAN PERUNTUKAN ADUN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan meneliti semula garis panduan yang sedia ada di peringkat pejabat daerah berkenaan tatacara bagi penggunaan peruntukan ADUN?
-
Kalau ya, adakah garis panduan baru yang terperinci akan dikeluarkan bagi memastikan tidak berlakunya salah guna peruntukan dan penyelewengan?