Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
81) INDUSTRI TERNAKAN BABI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Kita mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri telah meluluskan Projek Ternakan Moden Babi di Selangor. Baru-baru ini didapati kes penyakit selesema babi H1N1 telah melanda dunia secara global dan Malaysia tidak terkecuali dari terkena gejala penyakit ini. Apakah Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan Projek Ternakan Moden Babi ini setelah mendapati ianya amat berisiko tinggi kepada kesihatan umum bukan sahaja kepada masyarakat sekitar tetapi kepada negara secara keseluruhan
-
Apakah langkah-langkah pencegahan yang diambil Kerajaan Negeri supaya penyakit ini tidak menular di kalangan ladang-ladang ternakan babi sedia ada di Negeri Selangor
84) PROGRAM IBU TUNGGAL
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Program Ibu Tunggal amatlah baik jika kita tadbir-urus dengan sempurna. Masih terdapat ramai lagi ibu tunggal yang belum dibela. Apakah program-program yang telah dan akan dilancarkan?
-
Bagaimanakah dengan pendaftaran mereka?
-
Berapa ramaikah yang telah mendapat faedah melalui Program Ibu Tunggal sehingga kini?
85) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak projek menyiapkan projek terbengkalai telah diusahakan Kerajaan Negeri semenjak Mac 2008 sehingga Jun 2009.
-
Apakah masalah utama yang menghalang Kerajaan Negeri untuk membantu menyiapkan projek tersebut
-
Berapa peratus masalah projek terbengkalai ini berjaya diatasi sehingga kini.