Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
31) PEMBANGUNAN PELANCONGAN DI SEKINCHAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Pernahkah kawasan Sekinchan dikenal pasti dan diberi pertimbangan sebagai satu kawasan bagi tujuan pembangunan pelancongan?
-
Kalau ya, apakah pelan tindakan untuk membuat sedemikian?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai dana untuk pembangunan sebegini di kawasan yang baru dan kalau ya, berapa banyak yang telah dibekalkan?
32) KADAR CUKAI PINTU
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Apakah kadar cukai pintu yang dikenakan terhadap kawasan industri mengikut PBT di Negeri Selangor daripada tahun 2007-2009?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menilai semula kadar cukai pintu yang sedia ada sama ada membebankan rakyat atau tidak?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil pendapatan PBT selain melalui kutipan cukai pintu?
33) PROJEK PEMBERSIHAN DAN PEMULIHAN SUNGAI KLANG
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini berhubung perlaksanaan projek pembersihan dan pemulihan Sungai Klang yang dilaporkan kosnya mencecah RM 10 bilion.
34) BANDAR PERABOT (KAWASAN PENGELUARAN PERABOT BERPUSAT)
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Sejak dilancarkan oleh Kerajaan Negeri, apakah kemajuan-kemajuan yang telah dicapai?
-
Berapa banyakkah syarikat perabot yang telah ditempatkan di Bandar Perabot itu?
-
Berapakah jumlah eksport perabot dan apakah insentif-insentif yang terdapat di Bandar Perabot?
35) KEGAWATAN EKONOMI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Bertulis
-
Apakah status ekonomi Negeri Selangor sehingga kini dan adakah Selangor sudah keluar dari kemelut masalah ekonomi yang melanda?
-
Apakah kesan kegawatan ekonomi ke atas sektor perindustrian dan perdagangan?
36) KONTRAKTOR ALAM FLORA
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan berhak untuk menukar kontraktor-kontraktor Alam Flora?
-
Jika terdapat kontraktor yang tidak mengikut jadual perkhidmatan kutipan sampah, apakah tindakan yang boleh ambil?
37) PROJEK PENYALURAN AIR DARI PAHANG KE SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah progress projek ini dilaksanakan?
-
Benarkah dakwaan bahawa projek ini merosakkan alam sekitar dan mencemarkan sungai di Hulu Langat?
-
Berapa banyakkah tanah awam terlibat dengan projek ini dan berapakah pampasan yang terpaksa dibayar?
38) PENYELESAIAN KILANG HARAM
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kilang-kilang haram yang terdapat di DUN Meru?
-
Senaraikan kilang-kilang haram yang telah berjaya diselesaikan di DUN Meru?
-
Senaraikan kilang-kilang haram yang sedang dalam proses 'pemutihan'?
39) GOLONGAN IBU TUNGGAL
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri supaya memastikan golongan ibu tunggal yang tidak berpelajaran dapat meningkatkan tahap kemahiran bagi mencari pendapatan sendiri selain memberi bantuan modal untuk berniaga?
40) PROJEK TERNAKAN KUPANG
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah matlamat utama projek tersebut dilaksanakan dan kemukakan kawasanÐkawasan yang dikenal pasti serta berapakah jumlah keluasannya?
-
Sila nyatakan apakah manfaat dan jaminan pendapatan yang bakal diterima oleh para peserta projek tersebut?
-
Sila nyatakan apakah pihak kerajaan sudah menerokai jaringan pemasaran yang secukupnya untuk memasarkan hasil ternakan kupang?