Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
121) KEBAJIKAN DAN TANGGUNGAN SEKOLAH AGAMA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah kekerapan perubahan silibus di sekolah-sekolah agama di Selangor yang membabitkan pertukaran buku teks dan mengapakah ia berlaku?
-
Mengapakah tiada bantuan tambahan kepada sekolah agama yang mana pihak PIBG terpaksa menanggung beberapa kos sampingan seperti pinjaman buku teks, menggaji tukang kebun dan penjaga keselamatan?
-
Apakah bentuk-bentuk kebajikan yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah selain dari keperluan asas pembelajaran dan pengajaran?
122) PERMASALAHAN SETINGGAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini melancarkan kempen Setinggan Sitar bagi mengatasi masalah setinggan. Namun, permasalahan setinggan di Selangor masih belum dapat diatasi sepenuhnya. Bagaimanakah keberkesanan kempen Setinggan Sitar? Apakah ukuran yang digunakan bagi menunjukkan yang demikian?
-
Berikan butiran lengkap kawasan-kawasan setinggan yang telah/akan dihapuskan dan ke mana penduduk setinggan tersebut telah/akan dipindahkan?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor yang baru dalam masalah setinggan, sama ada akan meneruskan kempen Setinggan Sitar atau kempen Semua Mampu Milik Rumah?
123) KILANG HARAM
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah seriusnya masalah kilang haram di negeri Selangor? Apakah masalah-masalah utama yang dikenal pasti telah ditimbulkan oleh kilang-kilang haram ini ?
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah pengusaha kilang haram di seluruh negeri Selangor mengikut pecahan daerah. Siapakah pengusaha kilang-kilang haram ini, adakah rakyat tempatan atau warga asing ?
-
Apakah langkah-Iangkah dan strategi seta pelan tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani kilang-kilang haram ini ?
124) AJARAN SESAT
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan terperinci menangani ajaran sesat di Selangor iaitu ajaran dan fahaman WAHBI ? i ) Sudahkahada tangkapan dibuat? ii) Daerah mana yang terlibat ? iii) Apakah bentuk fahaman WAHBI dan dimana kesesatannya?
125) KENAIKAN KOS INPUT TANAMAN PADI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Kenaikan kos input tanaman padi terutamanya racun telah meningkat sehingga 100%. Sebagai sebuah negeri yang melaungkan slogan kebajikan, apakah langkah-Iangkah kerajaan negeri untuk membantu petani-petani di Tanjong Karang dan daerah Sabak Bernam bagi mengurangkan beban kenaikan kos tersebut?
126) DEMAM DENGGI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah statistik bilangan kes demam denggi yang dicatatkan mengikut PBT berakhir 30 April 2008?
-
Berapa jumpa kos yang digunakan oleh kerajaan negeri dua tahun yang lepas untuk aktiviti "fogging"dan senaraikan butir-butir syarikat yang mendapat kontrak tersebut mengikut PBT. (Tempoh, lokasi,jumlah nilai)
-
Apakah langkah-Iangkah kerajaan dalam jangka masa pendek dan panjang untuk mengatasi masalah demam denggi ini?
127) RUMAH-RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah rumah-rumah ibadat agama selain Islam menurut pecahan agama yang terdapat di seluruh negeri Selangor menurut pecahan setiap daerah?
-
Berapakah peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada rumah-rumah ibadat ini menurut pecahan agama sepanjang tahun 2007.
-
Apakah status pendudukan atau pemilikan tanah rumah-rumah ibadat selain agama Islam di kawasan Hulu Kelang?
128) PELABURAN MAJLlS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah jenis pelaburan yang diceburi oleh MAIS dan berapakah keuntungan dan kerugian yang diperolehi dari tahun 2005 hingga 2007
-
Selain daripada pelaburan, apakah pembabitan MAIS dalam sektor ekonomi dari masa ke semasa?
-
Sila senaraikan nama seluruh lembaga pengarah dan ahli jawatankuasa MAIS yang terkini.
129) PENGUSAHAAN PERKEMBANGAN SCIENCE PARK DI KOTA DAMANSARA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Sila jelaskan kedudukan Science Park dengan memberi angka statistik dari tahun 2000 hingga 2007, berapa pengusaha dan pelabur yang melabur membeli tanah di situ. Jumlah luas tamah yang dibeli, dijual dan berapa harganya? Nyatakan ciri-ciri pelabur yang telah melabu iaitu pelabur tempatan atau asing, jenis perindustrian dan jumlah kapital yang dilaburkan
-
Biasanya tunggu berapa lama sebelum permohonan ditimbangkan
-
Apakah langkah-Iangkah dan insentif yang telah digunakan untuk menarik pengusaha?Kenapa?
130) PERSEMPADANAN SEMULA PARLIMEN KOTA RAJA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Cadangan untuk persempadanan semula Parlimen Kota Raja yang meliputi 3 PBT, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Subang Jaya kerana kesukaran berurusan. Adakah kerajaan negeri akan memberi pertimbangan kepada sebarang cadangan penubuhan baru Majlis Perbandaran Kota Raja bagi melicinkan pentadbiran pihak berkuasa tempatan dan memudahkan orang ramai berurusan?
-
Sekiranya diberi pertimbangan bilakah agaknya ia boleh dilaksanakan dan adakah ia memerlukan pindaan berkaitan undang-undang dan sekiranya ada undang-undang apakah yang perlu dipinda?
-
Kota Raja adalah satu kawasan Parlimen yang tidak mempunyai bandar dan justeru itu satu kawasan bandar baru perlu diadakan segera. Apakah keperluan bagi mewujudkan satu bandar baru dengan struktur majlis sendiri?