Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
141) PEMBERSIHAN PARIT DI KAWASAN SAWAH
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Pembersihan parit di kawasan sawah dilakukan 4 kali setahun (setiap 3 bulan sekali), akan tetapi pembersihan parit di kawasan kampung hanya dilakukan 3 kali setahun (setiap 4 bulan sekali). Perkara ini menimbulkan ketidaksamarataan antara pembersihan parit di kawasan bendang ( sawah ) dengan pembersihanparit di kawasan kampung. Keadaan ini menyebabkan parit-parit saliran di kawasan kampung menjadi sebu, tiada air dan penuh dengan rumput dan semak. Apakah tindakan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah pembersihan parit di kawasan kampung?
-
Berapakah kadar pembayaran pembersihan parit hari ini? Kerajaan negeri harus meningkatkan kadar pembayaran pembersihan parit yang dilihat hari ini sudah tidak sesuai dengan kadar peningkatan kos dan buruh
142) DASAR-DASAR NEGERI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar-dasar Negeri Selangor yang dimansuhkan dan apakah dasar baru yang perkenalkan?
143) INDUSTRI TERNAKAN BABI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Baru-baru ini kerajaan negeri memaklumkan akan membuat pelaburan RM 100 juta dalam industri ternakan babi secara kaedah moden. Apakah rasional kerajaan negeri membuat pelaburan begitu banyak dalam industri ternakan babi?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membuat pelaburan tambahan?
-
Adakah kerajaan negeri mengambil kira sensitiviti kaum agama Islam sebelum membuat pilihan kawasan yang dikenal pasti menjalankan industri ternakan babi secara moden?
144) PENYERAHAN PUTRAJAYA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Pada peringkat permulaan Y.B. TUAN DR. MOHAMAD KHIR BIN TOYO menjadi Menteri Besar Selangor (2001) berlaku penyerahan Putrajaya kepada Kerajaan Persekutuan. Apakah prjanjian utama antara negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan berhubung dengan penyerahan tersebut?
-
Apakah pampasan dan jumlah bayaran tahunan yang dikehendaki Kerajaan Persekutuan melaksanakannya?
-
Adakah Kerajaan Selangor berhak menilai kembali jika perjanjian bersifat tidak adil dan berat sebelah?
145) SEKOLAH VERNAKULAR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan syarat-syaratdan garis panduan yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri dalam pemberian kelulusan tanah untuk pembinaan sekolah vernakular Cina dan Tamil.
-
Apakah perancangan jangka panjang dan berapakah peruntukan untuk membantu sekolah-sekolah ini?
146) GERAN TANAH KEPADA PENDUDUK KAMPUNG BARU
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Berikan butiran penduduk mengikut Kampung Baru yang telah menduduki tanah tersebut lebih 15 tahun tetapi masih memiliki lesen TOL sahaja ?
-
Apakah polisi pihak Kerajaan Negeri untuk memberikan geran tanah kekal kepada penduduk Kampung Baru yang telah menduduki tanah tersebut lebih 15 tahun ?
-
Apakah langkah -Iangkah yang sedang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengawal penyalahgunaan kuasa dan pemberian geran tanah kepada pihak yang tidak layak di Kampung Baru ?
147) PILIHAN RAYA KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah satu jadual waktu telah ditentukan untuk memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan dan halangan-halangan dihadapi?
-
Sagaimana kerajaan negeri dapat mempertingkatkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan pentadbiran baik di PST jikalau ianya masih belum dipulihkan dalam jangka masa ditentukan?
148) BATU CAVES SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Sambutan Hari Thaipusam pada tahun ini menyaksikan kemerosotan kedatangan pengunjung ke Kuil Batu Caves dan telah menjejaskan pendapatan peniaga di kawasan sekitar. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk memastikan keadaan ini tidak berulang pada tahun hadapan?
149) NELAYAN (JETI KUALA SELANGOR)
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Terdapat banyak jeti sepanjang sungai Kuala Selangor yang perlu dibaikpulih atau diperbaharui. Ini akan membantu para nelayan di kawasan ini pada jangka masa panjang. Sekiranya hal ini boleh dijalankan pada kadar yang segera daripada agensi manakah boleh kita menuntut pembiayaan kewangan?
150) MASALAH JALAN DI SEMENYIH-BERANANG
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah pendekatan dan tindakan susulan untuk mengatasi masalah kesesakan jalan Semenyih-Beranang dari perspektif PBN.
-
Adakah kerajaan negeri bercadang membuat 'outer ring road' untuk mengatasi keadaan kesesakan jalan tersebut
-
Apakah status perancangan kerajaan negeri untuk membina jambatan kedua pekan Semenyih iaitu di belakang Petronas.