Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
181) PENCURIAN TANAH MERAH
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Pencurian tanah merah sering berlaku di Kampung Sri Cheding. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri terhadap mereka yang mencuri tanah-tanah merah ini? Bagaimanakah kerajaan negeri akan menguruskan tanah-tanah merah ini?
182) PROGRAM PEMUTIHAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Sejak pelancarannya. sila jelaskan tahapnya di negeri Selangor dan di Petaling Jaya. Senaraikan statistik mengenai anggaran perniagaan dan SMI yang sepatutnya dirangkuminya dan berapa peratus yang telah memohon memasuki program tersebut?
-
Di manakah yang program ini menerima sambutan baik dan apakah ciri-siri SMI yang kurang minat dengan program ini?
-
Apakah rancangan tersebut yang akan disempurnakan pada masa hadapan untuk menjayakan program tersebut?
183) MASALAH PELUPUSAN SAMPAH PEJAL
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah tersebut dalam tempoh masa 2001-2007?
-
Berapakah perbelanjaan yang telah digunakan di setiap PBT bagi tempoh masa tersebut?
-
Berapakah jumlah kerugian dan pampasan yang telah dibelanjakan dalam Projek Pembinaan Loji Pelupusan Sampah Thermal di Broga, Semenyih?
184) PROJEK PERUMAHAN YANG TERBENGKALAI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan status kedudukan bilangan dan daerah yang terlibat mengikut PBT &PTD
-
Apakah langkah-Iangkah terkini yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini?
185) PAPAN IKLAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah bilangan papan iklan yang sah dan tidak sah di setiap majlis tempatan
-
Sila nyatakan hasil yang diperolehi oleh setiap majlis tempatan dari pengeluaran lesen papan iklan
-
Apakah undang-undang mengenai pengeluaran lesen oleh setiap majlis tempatan (sama ada sedarjah atau tidak)? Sila nyatakan jumlah hasil pandangan industri papan iklan di Selangor
186) HADIAH TAWARAN MASUK KE UNIVERSITI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan pemberian hadiah RM 1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran masuk ke universiti?
-
Apakah syarat-syarat kelayakan dan bagaimanakah cara-caranya untuk memohon mendapatkan hadiah tersebut?
-
Sila nyatakan agensi atau jabatan yang dipertanggungjawabkan
187) ISU BABI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Selain dari babi apakah punca pendapatan Negeri Selangor dan perancangan masa depan Negeri Selangor?
188) PELABURAN ASING (MENGENAL PASTI JUMLAH PELABURAN ASING DI NEGERI SELANGOR )
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pelaburan asing yang dibuat oleh pelabur-pelabur asing setakat ini di Negeri Selangor dan apakah pecahan pelaburan asing mengikut negara di Negeri Selangor?
-
Apakah langkah-Iangkah yang sedang dibuat oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan pelabur-pelabur asing ini?
-
Bagaimanakah strategi dan peranan kerajaan negeri bagi memberi manfaat terus pelabur asing kepada rakyat Negeri Selangor dari segi peluang ekonomi dan pekerjaan
189) KEMUDAHAN AWAM UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah Pihak Berkuasa Tempatan telah menguatkuasakan Undang-Undang Kecil 34A?
-
Berapakah peruntukan yang diberikan oleh setiap PBT untuk membina kemudahan-kemudahan awam untuk OKU?
-
Apakah langkah-Iangkahyang akan diambil demi memastikan bangunan-bangunan awam lama yang tidak mematuhi piawaian akan diubahsuai supaya mematuhi Undang-Undang Kecil 34A?
190) PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan tahunan bagi menjayakan program pembangunan modal insan di negeri Selangor?
-
Adakah program yang telah dijalankan dapat memberi manfaat secara menyeluruh kepada seluruh rakyat negeri Selangor?
-
Bagaimanakah pencapaian program-program tersebut?