Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
1) KOMPLEKS WAWASAN BALKIS
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan pihak manakah yang menganugerahkan tanah untuk tujuan pembinaan kompleks tersebut dan di manakah lokasinya ?
-
Sila nyatakan tarikh sebenar kompleks tersebut siap dibina dan siapakah kontraktor serta lembaga pengarahnya ?
-
Sila kemukakan berapakah jumlah sebenar kos keseluruhan kerja-kerja pembinaan kompleks tersebut dan pihak manakah yang menyalurkan peruntukan tersebut ?
2) PENJUALAN RUMAH DAN KEDAI PKNS
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Apakah kaedah dan mekanisme penjualan rumah-rumah PKNS kepada pembeli?
-
Benarkan rungutan bahawa bangunan kedai dimonopoli dan ditempah oleh orang dalam bagi mendapat keuntungan jualan?
-
Apakah cadangan PKNS untuk mengatasi gejala rasuah sedemikian bagi memperhatikan PKNS bersifat telus?
3) PROGRAM KITAR SEMULA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-Iangkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan program kitar semula mengikut PBT?
-
Sila senaraikan butir-butir seperti kos, keberkesanan program dan kontraktor yang terlibat.
4) PEMBANGUNAN TAPAK LAPANG DI SEKITAR KAWASAN PERUMAHAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek -projek pembangunan komersial yang dirancang dan sedang dilaksanakan di tanah lapang yang berada dalam lingkungan 20metre daripada kawasan perumahandi kawasan Kota Damansara
-
Apakah kriteria yang digunakan oleh PBT untuk menentukan sama ada ketetapan 'Local Agenda 21' (di mana proses konsultasi dijalankan dengan penduduk persekitaran sebelum projek diluluskan) dilaksanakan atau tidak untuk setiap projek pembangunan berhampiran dengan perumahan?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membentuk suatu prasyarat atau undang-undang kecil yang jelas demi memastikan bahawa setiap perancangan pembangunan berhampiran dengan kawasan perumahanatau sekolah , mestilah melalui proses konsultasi dan debat bersama penduduk setempat sebelum ianya diluluskan ?
5) PEMOTONGAN PERKHIDMATAN AIR SYABAS
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak pengguna Syabas di Selangor yang telah dipotong bekalan airnya akibat kelewatan membayar bil ?
-
Pengguna-pengguna Syabas yang dipotong bekalan perlu membayar RM50 sebagai yuran penyambungan bekalan air. Sehingga kini berapa pendapatan diperolehi Syabas daripada kutipan yuran ini ?
6) SENARAI KAWASAN-KAWASAN CERUN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Berdasarkan kajian risiko cerun dan pemetaan, saya meminta Kerajaan Negeri untuk menyenaraikan kawasan-kawasan yang berisiko tinggi dan sederhana dalam kawasan Bukit Antarabangsa dan Hulu Kelang
7) PERUMAHAN KOS RENDAH
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Bertulis
-
Berapakah unit rumah kos rendah yang telah dibina oleh PKNS di kawasan DUN Bukit Melawati oleh PKNS sehingga tahun 2007?
-
Boleh pihak PKNS memberikan butiran mengenai nama dan alamat pemilik rumah-rumahyang berkenaan?
-
Apakah cadangan PKNS mengenai rancangan masa depan untuk rumah-rumah kos rendah untuk rakyat miskin di kawasan DUN Bukit Melawati?
8) TANAH WAKAF DI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah jumlah tanah wakaf di Negeri Selangor keseluruhannya dan berapakah yang telah dibangunkan dan terbiar?
-
Sejauh manakah MAIS telah menjalankan fungsi dan kuasanya terhadap tanah wakaf bagi mempertahankan hak dan kepentingan serta membangunkan ekonomi Umat Islam di Negeri Selangor? Apakah bentuk-bentuk pembangunan yang telah dilakukan di tanah wakaf dan sejauh manakah ia memberi manfaat kepada umat Islam terutamanya yang tidak berkemampuan?
-
Apakah terdapat kes-kes berkaitan tanah wakaf seperti pencerobohan, penjualan atau pembangunan tanah wakaf tanpa kebenaran MAIS sebagaimana yang didakwa berlaku di DUN Meru dan lain-lain? Jika ya, sila senaraikan
9) KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS) telah mewujudkan rangkaian perkhidmatan perpustakaan di seluruh Selangor. Sehingga Jun 2007, PPAS mempunyai 90 buah pusat perkhidmatan. Senaraikan kesemua 90 buah pusat perkhidmatan tersebut berserta butiran seperti alamat, kemudahan yang sedia ada dan yang berkaitan
-
Adakah perkhidmatan yang telah disediakan sejak 1983 (penubuhan perpustakaan desa pertama) sehingga kini berkesan melahirkan masyarakat membaca?
-
Bagaimana keberkesanan tersebut diukur. Berikan perangkaan dan butiran lanjut. Bagaimana membuat permohonan baru bagi kemudahan perpustakaan dan kriteria permohonan
10) TEMPAT IBADAT
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan statistik kuil, tokong dan masjid yang berdaftar dalam Negeri Selangor mengikut PBT
-
Apakah piawaian yang digunakan bagi meluluskan permohonan tempat ibadat dalam sesuatu kawasan perumahan?
-
Apakah langkah-Iangkah yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan bahawa isu keagamaan (termasuk tempat ibadat) dapat dikendalikan dengan sebaiknya?