Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

101) KEDUDUKAN KETUA-KETUA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Kekalahan BN di Selangor kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya ke 12 bererti jawatan-jawatan politik di Selangor tergugur dengan sendirinya. Apakah jawatan-jawatan politik di Selangor yang dianggap terbatal ?

  2. Setakat ini adakah pihak-pihak berkenaan masih berkeras mempertahankan kedudukan mereka ?

  3. Jika ada, apakah tindakan yang akan diambil kerajaan negeri ?

102) PELUPUSAN SAMPAH DAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Pusat Pelupusan Sampah -RDF di Hulu Semenyih mendapat bangkangan penduduk setempat terutamanya dari Kampung Pasir dan kawasan sekitamya. Apakah langkah yang diambil oleh PBT untuk menyelesaikan isu penduduk terutamanya mengenai pencemaran bau busuk di kawasan perkampungan ini?

  2. Laporan Impak Alam Sekitar 'EIA 'projek ini telah menyarankan sebuah jalan altematif dibina untuk lori sampah. Kenapakah jalan altematif ini belum dibina

  3. Apakah perancangan Kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu pelupusan sampah pada jangka masa panjang ?

103) GERAN KEKAL DAN CUKAI TANAH NOMINAL UNTUK TANAH KAMPUNG BARU

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Sama ada kerajaan sudah memutus untuk menukar geran tanah Karnpung Baru kepada geran kekal dan penjelasan kerajaan

    Klik jawapan »

  2. Sama ada cukai tanah nominal RM1 akan ditawarkan kepada tempat-tempat beribadat di Kampung Baru dan penjelasan kerajaan

    Klik jawapan »

104) PEMBANGUNAN BELlA DAN SUKAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kemudahan-kemudahan sukan yang disediakan oleh kerajaan kepada seluruh rakyat negeri Selangor mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang dibuat kepada kontraktor-kontraktor penyelenggaraan yang gagal menyelenggarakan kemudahan-kemudahanini yang menyebabkan ia tidak dapat digunakan oleh orang ramai? Nyatakan kontraktor-kontraktor yang bermasalah ini?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peruntukan kerajaan negeri untuk pembangunan belia dan sukan di negeri ini bagi memastikan belia-belia diisi dengan aktiviti berfaedah mengikut pecahan jenisnya?

    Klik jawapan »

105) ORANG KURANG UPAYA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan statistik orang kurang upaya dalam empat tahun yang lepas mengikut PBT

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah nilai kelengkapan yang diberikan kepada OKU tahun lepas mengikut PBT?

    Klik jawapan »

  3. Apakah dasar kerajaan negeri ke arah mewujudkan persekitaran yang mesra warga kurang upaya?

    Klik jawapan »

106) DIDUDUKI TEMPAT PARKING SECARA HARAM DI CHERAS INDAH, JALAN PANDAN INDAH (NAMA SYARIKAT:CHEONG HIN) DI KAWASAN MPAJ

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan sebab-sebab MPAJ membenarkan syarikat tersebut diduduki tempat parking dan juga menukar jalan tersebut ke jalan sehala?

    Klik jawapan »

  2. Ada apa langkah-Iangkah untuk menyusun balik jalan dan tempat parking di kawasan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Berapa parking lot yang disewa kepada syarikat tersebut?

107) BAHAN BATUAN/PASIR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis


  1. Berapa luas tanah di negeri Selangor yang terlibat dalam industri pengeluaran batuan dan pasir?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah anggaran keperluan bahan batuan dan pasir di negeri Selangor setiap tahun?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah keuntungan/kerugian yang kerajaan negeri perolehi hasil industri ini pada tahun lalu?

    Klik jawapan »

108) LAWATAN LUAR NEGERI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan lawatan-Iawatan rasmi Menteri Besar ke luar negeri bagi tahun 2007 , matlamat dan perbelanjaan?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan lawatan-Iawatan rasmi Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Selangor bagi tahun 2007, matlamat lawatan dan perbelanjaan?

  3. Sila senaraikan lawatan-Iawatan rasmi Ahli-Ahli EXCO Negeri Selangor bagi tahun 2007 , matlamat lawatan dan perbelanjaan?

109) STATUS UNISEL

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimana kedudukan UNISEL dari segi ranking di antara IPT-IPTdi Malaysia

    Klik jawapan »

  2. Apakah bidang-bidangyang utama dan menonjol di UNISEL

    Klik jawapan »

  3. Apakah permasalahan yang sedang dihadapi di UNISEL

    Klik jawapan »

110) IMPLIKASI PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FREE TRADE AGREEMENT, FTA) MALAYSIA, AMERIKA SYARIKAT TERHADAP KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan Persekutuan sedang berusaha untuk menandatangani perjanjian FTA bersama Amerika Syarikat. Perjanjian ini akan memaksa Kerajaan Negeri mengurangkan cukai tarif ke atas produk import dari Amerika . Apakah penilaian Kerajaan Negeri terhadap penurunan hasil negeri akibat pengurangan cukai tarif ini?

  2. Apakah penilaian Kerajaan Negeri ke atas implikasi perjanjian FTA ini ke atas program kebajikan rakyat seperti kos kesihatan dan ubat , bekalan air 20m3 percuma , gaji minima?

  3. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Artikel 76(1)(a), Kerajaan Persekutuan boleh melaksanakan Perjanjian FTA ini tanpa persetujuan Kerajaan Negeri. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengawal ataupun menyekat implikasi FTA terhadap rakyat Selangor ?