Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
121) PELANCONGAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila huraikan jumlah pelancong tempatan dan luar yang melawat Negeri Selangor pada sepanjang tahun 2007 ?
-
Sila huraikan statistik jumlah pelancong luar negeri yang melawat negeri Selangor pada tahun 2007 secara perbandingan dengan Negeri-Negeri lain ?
-
DUN Sekinchan terkenal dengan Jelapang Padi Negeri Selangor. Apakah Kerajaan bercadang untuk meningkat promosi bagi menarik lebih ramai anak-anak warga kota datang melawat destinasi pelancongan baru Sekinchan?
122) HASIL PERTANIAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pengeluaran padi setahun di negeri Selangor
-
Dikatakan penghasilan padi di Sekinchan tertinggi bagi sehektar di Selangor. Apakah faktor-faktor penghasilan tersebut.
-
Bagaimanakahpenghasilan pertanian padi di kawasan-kawasan lain di Selangor
123) PROJEK-PROJEK KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Diminta satu senarai projek-projek melebihi RM1 juta yang telah diputuskan oleh kerajaan yang dijalankan secara rundingan terus dari tahun 2004 hingga 2007?
-
Meminta satu senarai syarikat yang mendapat projek ini
124) KEUPAYAAN BAHASA KAKITANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan kakitangan di setiap pejabat pihak berkuasa tempatan berupaya berkomunikasi dengan orang ramai dalam bahasa Tamil atau bahasa Mandarin?
-
Adakah kerajaan Selangor mempunyai rancangan untuk menggaji kakitangan yang boleh berkomunikasi dengan orang ramai dalam bahasa Tamil atau bahasa Mandarin
125) PERPUSTAKAAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan secara terperinci perpustakaan awam di seluruh negeri Selangor
-
Apakah langkah-Iangkah kerajaan negeri bagi memperbanyakkan perpustakaan awam bagi menggalakkan budaya membaca khususnya di kawasan desa dan penempatan kos rendah di seluruh negeri Selangor?