Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
71) PERIHAL TAPAK PENYISIHAN PEPEJAL DI MUKIM JERAM
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Pembinaan Pusat Penyisihan Sisa Pepejal Sanitary Landfield yang dibina di Ladang Tuan Mee ( Jeram Estate ) di Mukim Jeram bagi Bahagian Barat Laut Selangor menjadi bahan kritikan, kempen popular dan bantahan Kerajaan Negeri sekarang sepanjang Pilihan raya Umum lalu. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk menutup atau memindahkan pusat sampah berkenaan ke tempat lain?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai idea dan cadangan lain bagi membina pusat pelupusan sampah yang lebih sempurna dan lebih baik daripada yang dibina oleh Kerajaan Negeri terdahulu?
72) BANGLO EXCO DI SEKSYEN 7
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri membelanjakan sejumlah RM 162,500 sebulan bagi perkhidmatan pengurusan, penyelenggaraan dan operasi kompleks secara komprehensif yang mengandungi sepuluh unit banglo dan rumah kelab. Kos keseluruhan bagi lima tahun adalah sebanyak RM 9,900,000. Kos perbelanjaan untuk seunit setiap bulan ialah RM 16,250. Jika kerajaan negeri ingin menyewakan banglo-banglo tersebut, berapakah kerajaan negeri akan menyewakan seunit banglo untuk sebulan?
-
Didapati kos perbelanjaan untuk kawalan serangga perosak memerlukan sebanyak RM 35,000 manakala kos untuk pembersihan dan landskap memerlukan sebanyak RM 40,000 untuk sebulan, adakah kos ini terlalu tinggi? Sila jelaskan
73) KUIL-KUIL AGAMA HINDU
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kuil-kuil agama Hindu yang telah dirobohkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional dan juga yang telah disenaraikan hitamkan untuk dirobohkan?
-
Berapakah jumlah kuil-kuil agama Hindu yang didirikan di atas tanah yang dimiliki oleh kuil Hindu tersebut dan jika kuil-kuil Hindu itu tidak mempunyai dokumen Hak milik Tanahnya sendiri, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memberikan Suratan Hak milik Tanah bagi kesemua Kuil-Kuil Hindu yang tidak mempunyainya?
-
Apakah tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil ke atas penceroboh-penceroboh dan mereka yang telah memusnahkan serta menghina kuil-kuil Hindu yang telah dirobohkan oleh Kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional.
74) PROGRAM PENJANAAN EKONOMI KAUM ORANG ASLI
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan bagi meningkatkan lagi ataupun menjana perkembangan ekonomi dalam bidang pertanian untuk kaum orang asli?
-
Berapakah jumlah tanah yang dimiliki atau dianugerahkan oleh kerajaan kepada orang asli yang boleh dimajukan dalam bentuk pertanian moden berkelompok?
-
Adakah badan atau institusi yang khusus selain daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang melaksanakan program tersebut di atas (a) dan (b)?
75) PROJEK PEMBANGUNAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Mengenai kelulusan pembangunan EXCO MTES Bil. 3/2000 bertarikh 26 Januari 2000 secara usaha sama antara MPAJ dengan Tan & Tan Development Berhad dirujuk: Adakah terma-terma dalam Joint Venture Agreement dipatuhi sepenuhnya dan dilaksanakan seperti mana dalam perjanjian?
-
Berapakah kos dan keuntungan sebenar projek berbanding dengan kos dan keuntungan seperti yang terkandung dalam perjanjian awal?
-
Berapakah keuntungan yang telah diserahkan kepada MPAJ berdasarkan kepada keuntungan sebenar berbanding dengan keuntungan yang diunjurkan dalam perjanjian?
76) MEMULIHKAN SISTEM PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN DAN KETUA KAMPUNG
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Adakah Ahli Jawatankuasa untuk memulihkan sistem pilihanraya kerajaan tempatan dan ketua kampung telah ditubuhkan?
-
Sebutkan rancangan yang ada untuk memulihkan pilihanraya tersebut
77) PELANTIKAN AHLI MAJLIS PBT
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan proses pelantikan ahli majlis.
-
Bagaimanakah prestasi ahli majlis ini akan dinilai dan apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka jika prestasi mereka tidak memuaskan?
-
Nyatakan tindakan yang akan diambil bagi memastikan proses pelantikan adalah lebih telus
78) BANJIR KILAT DI KAJANG
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Pada 27 Ogos 2008 sekali lagi berlaku banjir kilat di Kajang yang memakan korban jiwa, menenggelamkan kenderaan dan merosakkan rumah-rumah di perlembahan pekan Kajang. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di Pekan Kajang?
-
Mengapakah gagalnya pembaikan sungai di Pekan Kajang sebelum ini?
-
Apakah tindakan lanjut bagi mengatasi banjir kilat di Pekan Kajang?
79) PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK DI PREMIS KERAJAAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mengadakan pusat jagaan kanak-kanak atau bayi di premis kerajaan bagi membantu ibu bapa yang tidak mampu menggaji pembantu rumah atau menghantar anak-anak mereka di pusat-pusat jagaan kanak-kanak dan bayi swasta
80) PELABURAN DI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Dilaporkan bahawa bulan Jun lalu telah diadakan lawatan ke Dubai bagi tujuan menarik pelaburan. Apakah susulan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri selepas lawatan itu?
-
Berapakah nilai pelaburan yang dijangka akan dibawa masuk ke negeri Selangor hasil daripada lawatan itu?