Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

101) MEMBANTERAS KEGIATAN PINJAMAN WANG TIDAK BERLESEN (AH LONG)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan negeri Selangor mempunyai apa-apa perancangan khas untuk membanteras kegiatan Pinjaman Wang tidak berlesen ataupun Ah Long?

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengekang dan menghapuskan pengikalan haram oleh Ah Long secara meluas melalui tampalan risalah-risalah bagi memikat peminjam yang terdesak?

  3. Berapakah jumlah nilai sasaran dan jangkaan pelaburan yang akan diterima Selangor tahun 2011?

105) ELAUN IMAM MASJID NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan berapakah jumlah bilangan Imam di Negeri Selangor dan berapakah elaun bulanan yang diterima?

  2. Sila nyatakan dengan jelas apakah terdapat perbezaan jumlah elaun yang diterima oleh Imam yang berkelulusan Universiti Al Azhar dengan Universiti tempatan?

  3. Sila nyatakan bilakah kerajaan negeri akan menaikkan elaun dan gaji para Imam ke suatu tahap yang lebih munasabah memandangkan kos saraan hidup semakin meningkat.

106) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Adakah merudumnya jumlah kemasukan pelajar ke UNISEL adalah disebabkan hilang kepercayaan rakyat terhadap kerajaan negeri yang lebih mengutamakan politik daripada anak bangsa di Selangor?

  2. Sejauh mana campur tangan Menteri Besar dalam mengeluarkan arahan kepada bekas Naib Canselor berhubung peletakan jawatan tiga pegawai UNISEL?

  3. Apakah usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan fungsi UNISEL menjadi hub-ilmuan yang berwibawa di Selangor dan peringkat rantau antarabangsa dan adakah untuk merealisasikan ini kerajaan mensyaratkan Naib Canselor menjadi ahli Pakatan Rakyat?

107) PERUMAHAN MAMPU MILIK

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak rumah mampu milik yang telah dibina?

  2. Berapa ramai yang telah berjaya memiliki rumah mampu milik ini/

  3. Siapakah golongan sasaran yang layak untuk menerima skim rumah mampu milik ini? Di manakah lokasi perumahan itu telah dibina?