Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011
151) PADAT
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah program dan prestasi PADAT dalam usaha mempertingkatkan penghayatan adat Melayu dan warisan Selangor dalam tahun 2011?
-
Berapakah perbelanjaan yang terlibat dalam program-program tersebut?
152) AGENDA SELANGORKU, PELAN DAN VISI 2011-2012
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah justifikasi kepada keputusan ini?
-
Apakah ianya tidak menjadi beban implikasi kewangan kepada anak-anak syarikat?
-
Adakah ianya akan memberi impak ekonomi yang baik secara umum kepada rakyat negeri Selangor terutamanya rakyat yang tidak bermajikan?
153) INDUSTRI KECIL SEDERHANA
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah industri kecil sederhana mengikut pecahan PBT dan jenis industri pada tahun 2007-2011.
-
Apakah insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menggalakkan perkembangan industri kecil sederhana?
154) KELULUSAN TANAH BAGI KERJA-KERJA NAIKTARAF OLEH SYABAS
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Sekiranya berlaku krisis bekalan air, apakah tindakan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah tersebut/
155) TAPAK SEKOLAH
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Berapakah keping tanah telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk kegunaan SJKC, SJKT dan Sekolah Agama?
-
Kenapa isu tapak Sekolah SJKC Keng Chee di Puchong boleh berlaku sehingga menimbulkan salah faham antara Lembaga Pengurus Sekolah SJKC dan SJKT di kawasan berkenaan?
-
Tapak sekolah berkenaan sebenarnya dimiliki oleh sekolah mana?
156) MANIFESTO PILIHAN RAYA
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Berapa peratuskan janji-janji manifesto Pilihanraya yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di bawah pakatan Pakatan Rakyat sehingga tahun ini?
-
Nyatakan manifesto-manifesto yang telah dilaksanakan
157) MASALAH KUALITI PADI BENIH
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan dengan detail bagaimanakah pihak Jabatan Pertanian memantau dan mengenal pasti padi benih yang diproses itu menepati piawaian dan kualiti seperti yang dikehendaki?
-
Sila nyatakan apakah permasalahan utama yang menyebabkan kebelakangan ini telah berlaku kekurangan padi benih dan juga padi benih yang berkualiti?
-
Sila nyatakan apakah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh Jabatan Pertanian bagi mengatasi masalah tersebut?
158) SELANGOR SEBAGAI HUB TEKNOLOGI HIJAU
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mempunyai strategi untuk menarik pelabur-pelabur asing yang berasaskan teknologi hijau sebagai strategi niche demi menjadikan Selangor sebagai peneraju teknologi hijau di Malaysia malahan rantau Asia Tenggara.
159) STATUS PENDAFTARAN SMUE
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Status pendaftaran SMUE. Sila nyatakan mengikut kawasan DUN dan percentage pendaftaran di setiap DUN.
-
Berapakah jumlah telah dibayar sejak program SMUE telah dilancarkan/
160) PELANCARAN JOM SHOPPING
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan oleh kerajaan Selangor sejak pelancaran "Jom Shopping"?
-
Berapa ramai orangkah yang telah menikmati sumbangan "Jom Shopping" ini?
-
Adakah kerajaan bercadang ingin menambahkan nilai baucar pada masa hadapan?